Pemerosesan wanita dewasa pekak melalui analisis neuropsikolinguistik

Cacat pendengaran atau pekak merupakan salah satu masalah yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Lazimnya, orang pekak mengalami masalah dalam sistem pendengaran yang menyebabkan mereka tidak dapat menangkap butir percakapan daripada orang lain. Bagaimanapun, terdapat orang pekak yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nasir, Siti Noridayu Abd., Halim, Hazlina Abdul, Nizam, Sharil
Other Authors: Abu, Norsofiah Bakar
Format: Book Section
Language:English
Published: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/46534/1/ART%2018.pdf
http://eprints.usm.my/46534/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: English
Description
Summary:Cacat pendengaran atau pekak merupakan salah satu masalah yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Lazimnya, orang pekak mengalami masalah dalam sistem pendengaran yang menyebabkan mereka tidak dapat menangkap butir percakapan daripada orang lain. Bagaimanapun, terdapat orang pekak yang juga bisu dalam masa yang sama. Oleh yang demikian, orang pekak menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. Walaupun, masalah pekak juga dikaitkan dengan faktor usia tetapi pekak juga boleh dialami secara semula jadi kepada manusia sejak lahir. Oleh itu, kajian ini memfokuskan pemerolehan bahasa oleh seorang wanita dewasa pekak yang mengalami kecacatan ini sejak lahir. Selain itu, kajian ini bertujuan memperjelaskan proses neurologi manusia dengan masalah dalam pemerolehan bahasa wanita pekak. Malahan, kajian ini menerapkan aplikasi teori Interaksionalis yang dipelopori oleh Bloom (1970), Bowennan (1973), Gromer (1976) yang berpendapat bahawa kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa. Oleh yang demikian, teori yang mementingkan komunikasi ini sesuai untuk menerapkan kajian terhadap wanita dewasa yang hanya mengalami masalah pekak sejak lahir. Maka, kajian ini mempunyai peri pentingnya untuk meneliti sejauh mana tahap pemerolehan bahasa wanita pekak bagi dalam komunikasi seharian. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat menjadi rujukan dan membantu penyelidikan tentang masalah berkaitan aspek linguistik manusia pekak pada masa akan datang.