Pengaplikasian Etika Kerja Islam oleh Pengamal Perhubungan Awam di Organisasi Berteraskan Islam di Malaysia

Pengamal perhubungan awam merupakan perantara atau mediator di antara organisasi dengan publik. Dengan itu etika merupakan di antara elemen terpenting untuk dititikberatkan oleh pengamal perhubungan awam dalam menjalankan tugasnya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaplikasian Etika Kerja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Nasir, Nur Nasliza Arina, Ahmad, Jamilah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Sultan Azlan Shah 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/48455/1/GJAT062018-8.pdf
http://eprints.usm.my/48455/
http://site.gjat.my/main/3074/index.asp?pageid=185084&t=volume-8-issue-1-
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pengamal perhubungan awam merupakan perantara atau mediator di antara organisasi dengan publik. Dengan itu etika merupakan di antara elemen terpenting untuk dititikberatkan oleh pengamal perhubungan awam dalam menjalankan tugasnya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaplikasian Etika Kerja Islam (EKI) oleh pengamal perhubungan awam serta bagaimanakah EKI boleh membantu dan mempengaruhi pengamal perhubungan awam menjalankan tugas secara beretika. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif melalui temu bual mendalam secara bersemuka beserta penelitian dokumen untuk tujuan tringulasi. Bagi temu bual mendalam secara bersemuka, responden yang terlibat merupakan 10 orang pengamal perhubungan awam yang bertugas di organisasi berteraskan Islam di Malaysia. Manakala, penelitian dokumen pula melibatkan penelitian ke atas laman web rasmi organisasi serta laporan tahunan dan buletin bulanan organisasi yang bertujuan mengesahkan dapatan kajian yang diperolehi melalui temu bual mendalam. Hasil kajian mendapati, pengaplikasian EKI oleh pengamal perhubungan awam adalah bertepatan dengan konsep dan idea EKI yang dibincangkan oleh para tokoh dan sarjana terkemuka EKI. Hasil kajian juga mendapati, EKI memberikan pengaruh positif dalam amalan perhubungan awam dari sudut profesionalisma, motivasi diri, kualiti kerja serta integriti diri pengamal perhubungan awam itu sendiri.