Konflik Ruang Awam Di Tapak Warisan George Town, Pulau Pinang
Kawasan kajian Tapak Warisan Dunia UNESCO ini merupakan sebahagian daripada bandar George Town, Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti perniagaan menguasai sebahagian besar pelusuk ruang yang ada. Ruang yang berada di dalam tapak warisan dunia ini menyimpan pelbagai nilai warisan sejarah yang tidak dibe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/48531/1/MUHAMAD%20FERDHAUS%20BIN%20SAZALI_hj.pdf http://eprints.usm.my/48531/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kawasan kajian Tapak Warisan Dunia UNESCO ini merupakan sebahagian
daripada bandar George Town, Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti perniagaan menguasai
sebahagian besar pelusuk ruang yang ada. Ruang yang berada di dalam tapak warisan
dunia ini menyimpan pelbagai nilai warisan sejarah yang tidak dibenarkan sebarang
perubahan tanpa kebenaran. Ruang awam adalah elemen utama yang menghubung
antara satu tempat dengan yang lain di dalam kawasan kajian ini. Walau
bagaimanapun, sebahagian besar para peniaga dan penjaja telah menyalahgunakan
ruang awam di kawasan kajian ini untuk kepentingan peribadi secara tidak sah yang
menyalahi peruntukan undang-undang sehingga menimbulkan konflik ruang awam.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti lokasi konflik ruang awam, mengkaji
faktor dan kesan konflik berdasarkan dapatan soal selidik dan temu bual dan
seterusnya mencadangkan penambahbaikan berasaskan ciri-ciri kelestarian ruang
awam. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik terhadap 103 orang peniaga, 209
penjaja dan temu bual terhadap 3 agensi yang terlibat mengurus tadbir ruang awam.
Dapatan kajian menunjukkan lokasi konflik ruang awam yang mempunyai halangan
sementara dan halangan kekal yang telah dikoordinat dan dianalisis menggunakan
aplikasi ArcGIS 10.1. Permintaan akan aktiviti makanan jalanan atau street food
yang sememangnya terkenal di kawasan kajian dan ketidakpekaan akan peraturan
telah dikenalpasti sebagai faktor utama konflik ruang awam berlaku. Seterusnya,
kesan utama konflik ruang awam ini yang telah dapat dikenalpasti adalah wujudnya
halangan kekal atau sementara secara tidak sah yang menjejaskan lanskap dan dalam masa yang sama telah mencemarkan kawasan kajian. Maka, berdasarkan dapatan
kajian, beberapa langkah penambahbaikan berasaskan ciri-ciri kelestarian ruang
awam telah dicadangkan dalam kajian ini untuk menjamin ruang awam di kawasan
kajian terus kekal terpelihara dan lestari. |
---|