Facebook dan Media Massa: Keberkesanan dalam Menyampaikan Mesej Alam Sekitar kepada Masyarakat

Isu-isu alam sekitar seperti pemanasan global, pencemaran serta pengurangan sumber semulajadi menjadi kebimbangan utama pada masa kini berbanding dengan masa dahulu. Isu-isu sebegini mengancam kehidupan manusia dan organisma hidup yang lain. Dalam menangani masalah ini, badan bukan kerajaan alam se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nasir, Nur Nasliza Arina Mohamad, Ahmad, Jamilah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/49307/1/10338-28115-1-SM.pdf
http://eprints.usm.my/49307/
https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/10338
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: English
Description
Summary:Isu-isu alam sekitar seperti pemanasan global, pencemaran serta pengurangan sumber semulajadi menjadi kebimbangan utama pada masa kini berbanding dengan masa dahulu. Isu-isu sebegini mengancam kehidupan manusia dan organisma hidup yang lain. Dalam menangani masalah ini, badan bukan kerajaan alam sekitar (ENGO) memainkan peranan penting bagi menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat untuk memelihara dan memulihara alam sekitar demi kesejahteraan bersama. Kajian ini membincangkan pendekatan yang digunakan oleh ENGO dalam mengumpul dan menyampaikan mesej alam sekitar kepada masyarakat di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk memahami interaksi sosial di antara ENGO dengan masyarakat; dan untuk mengenalpasti dan memahami peranan Facebook dalam menyampaikan mesej alam sekitar secara berkesan. Kajian ini mengaplikasikan lima prinsip Teori Komunikasi Dialogik yang diperkenalkan oleh Martin Buber untuk mengukur keberkesanan interaksi interpersonal di antara ENGO dengan masyarakat. Kaedah kualitatif melalui temu bual mendalam telah dijalankan untuk mendapatkan data daripada dua belas ENGO di Malaysia. Kajian ini mendapati, kebanyakan ENGO di Malaysia tidak mengoptimumkan penggunaan media sosial dan media massa dalam menyampaikan maklumat alam sekitar. Hasil kajian juga mendapati, Facebook menjadi medium pilihan ENGO dalam menyampaikan mesej alam sekitar secara berkesan kepada masyarakat kerana kos penggunaannya adalah rendah dan mungkin percuma. Dengan menggunakan Facebook, ENGO boleh mencapai khalayak yang ramai di samping ia bersifat lebih fleksibel dan yang lebih penting interaksi yang lebih kerap boleh berlaku di antara ENGO dengan masyarakat awam.