Penggunaan Ujian Teras Mikro Sebagai Satu Alternatif Ujian Konkrit Di Situ
Terdapat pelbagai jenis ujian konkrit di-situ yang dilaksanakan kini. Antara ujian yang lazim dilaksanakan ialah ujian kekuatan mampatan teras yang diperolehi daripada struktur sedia ada. Di dalam ujian ini struktur konkrit yang dibina digerudi untuk mendapatkan sampel teras dan kemudian diuji...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Universiti Sains Malaysia
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/57051/1/Penggunaan%20Ujian%20Teras%20Mikro%20Sebagai%20Satu%20Alternatif%20Ujian%20Konkrit%20Di-Situ_Shaiful%20Bahari%20Ismail.pdf http://eprints.usm.my/57051/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Terdapat pelbagai jenis ujian konkrit di-situ yang dilaksanakan kini. Antara ujian
yang lazim dilaksanakan ialah ujian kekuatan mampatan teras yang diperolehi daripada
struktur sedia ada. Di dalam ujian ini struktur konkrit yang dibina digerudi untuk
mendapatkan sampel teras dan kemudian diuji bagi mendapatkan satu nilai kekuatan ciri
konkrit. Namun begitu ujian ini merupakan satu ujian yang berisiko tinggi di mana
terdapat beberapa permasalahan yang berlaku terhadap struktur konkrit tersebut. Berikutan
itu, satu ujian baru cuba dihasilkan dengan menggunakan teori yang sama iaitu dengan
melaksanakan kaedah yang dipanggil ujian kekuatan mampatan teras mikro agar dapat
mengatasi permasalahan terhadap ujian yang sedia ada. Maka dengan ini tujuan
penyelidikan ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan satu hubungan antara kekuatan
mampatan teras mikro dengan kekuatan mampatan kiub piawai, untuk digunakan sebagai
rujukan dalam mentafsirkan kekuatan konkrit di tapak binaan. Sebanyak 150 sampel teras
mikro dan 30 kiub piawai (150mm x 150mm x 150mm) mengikut 5 jenis campuran
konkrit digunakan didalam penyelidikan ini. Sampel konkrit telah diuji pada umur 7 dan
28 hari. Hasil penyelidikan telah menunjukkan satu kolerasi yang baik di antara kekuatan
teras mikro dengan kiub piawai. Akhir sekali, segala perubahan atau maklumat di dalam
penyelidikan sampel konkrit turut diambil perhatian sebagai satu keputusan penyelidikan
yang penting berpandukan kepada beberapa rujukan yang dipercayai. |
---|