Terjemahan Dan Maklumat Linguistik Kata Kerja Berimbuhan Men- Dalam Kamus Umum Bahasa Melayu-cina Serba Baru
Penyelidikan tentang maklumat linguistik dalam kamus dwibahasa Melayu-Cina, khususnya kajian terjemahan entri kata berimbuhan ke dalam bahasa Cina amat signifikan berikutan perbezaan struktur bahasa yang wujud antara kedua-dua bahasa tersebut. Tesis ini melaporkan kajian tentang terjemahan maklumat...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/60435/1/LEE%20PIN%20LING%20-%20TESIS24.pdf http://eprints.usm.my/60435/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Penyelidikan tentang maklumat linguistik dalam kamus dwibahasa Melayu-Cina, khususnya kajian terjemahan entri kata berimbuhan ke dalam bahasa Cina amat signifikan berikutan perbezaan struktur bahasa yang wujud antara kedua-dua bahasa tersebut. Tesis ini melaporkan kajian tentang terjemahan maklumat linguistik dalam kamus dwibahasa Melayu-Cina. Kata kerja berimbuhan meN- yang meliputi kata kerja berawalan meN-, memper-, kata kerja berapitan meN-...-i, meN-...-kan, memper-...-i, memper-...kan, serta maklumat linguistiknya disari secara manual daripada Kamus Umum Bahasa Melayu-Cina Serba Baru (KUBMC). Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan KK berimbuhan meN- dan padanannya dalam bahasa Cina dari segi bentuk dan makna, menganalisis dan menyimpulkan ketepatan padanan kata kerja berimbuhan meN- dalam bahasa Cina, serta meneliti fenomena kehadiran maklumat-maklumat diakronik, pemerian, sinkronik, diasistematik dan contoh penggunaan bagi kata kerja berimbuhan meN- dalam KUBMC. Kajian ini memanfaatkan teori perkamusan oleh Hartmann (2001), klasifikasi maklumat linguistik dan subkategori maklumat diasistematik oleh Hartmann dan James (1998), jenis padanan dalam kamus dwibahasa oleh Al-Kasimi (1983:153), teori ketepatan terjemahan gagasan Larson (1984), klasifikasi jenis makna oleh Darwis Harahap (1994), pendekatan analisis bandingan oleh Johansson (2008), serta konsep bentuk yang dikemukakan oleh Larson (1984). |
---|