Kerangka Paleografi Jawi Digital : Satu Cadangan Awal

Kajian paleografi adalah kajian untuk mengetahui tarikh dan juga tempat di mana manuskrip lama ditulis. Pada masa ini, bilangan manuskrip jawi yang terkumpul di perpustakaan utama di Malaysia sahaja dianggarkan berjumlah 7789 buah. Malah terdapat manuskrip yang tidak dapat diketahui tarikh dan tempa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairuddin , Omar, Mohd Sanusi , Azmi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/1943/1/prof_ko_kym.pdf
http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/1943/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Language: English
Description
Summary:Kajian paleografi adalah kajian untuk mengetahui tarikh dan juga tempat di mana manuskrip lama ditulis. Pada masa ini, bilangan manuskrip jawi yang terkumpul di perpustakaan utama di Malaysia sahaja dianggarkan berjumlah 7789 buah. Malah terdapat manuskrip yang tidak dapat diketahui tarikh dan tempat asalnya. Selain itu, faktor khat arab yang mempengaruhi tulisan jawi juga memainkan peranan ke atas kajian paleografi. Di dalam manuskrip jawi, wujudnya variasi jenis tulisan khat arab yang mengambarkan pengaruh penulis dan juga membuktikan bahawa manuskrip tersebut ditulis oleh penulis yang ramai. Keperluan kepada paleografi jawi digital adalah amat perlu memandang manuskrip yang banyak dan juga kini terdapat salinan manuskrip yang dibuat di dalam bentuk digital. Dalam kertas ini, kajian menjurus kepada perspektif ahli sains komputer. Kaedah penyelidik-penyelidik untuk tulisan Latin, India, Ibrani dikaji, difahami dan diperbandingkan. Satu kerangka kajian untuk paleografi jawi dicadangkan untuk mengetahui jenis pengaruh khat arab ke atas manuskrip-manuskrip jawi. Fitur-fitur global dan setempat pada imej jawi akan dikaji dan digunakan untuk tujuan pengelasan. Pengelasan fitur berasaskan jenis-jenis tulisan khat di dalam manuskrip akan menyumbangkan kepada pengenal pastian manuskrip. Selanjutnya ianya akan dapat menyumbangkan kepada asas penentuan jenis-jenis tulisan di dalam manuskrip melayu.