Pengintegrasian building information modelling (BIM) dalam pengurusan rantaian bekalan bahan binaan dalam projek pembinaan
Rantaian bekalan bahan pembinaan menghadapi beberapa kesukaran yang boleh memberi kesan pada tarikh akhir projek, kos dan kecekapan keseluruhan. Untuk menangani masalah tersebut, langkah proaktif seperti komunikasi yang lebih baik dan penggunaan penyelesaian teknologi seperti BIM diperlukan. Menanga...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/12123/1/P16889_9f707b645816d67344c4476945db5bbd.pdf%2014.pdf http://eprints.uthm.edu.my/12123/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Rantaian bekalan bahan pembinaan menghadapi beberapa kesukaran yang boleh memberi kesan pada tarikh akhir projek, kos dan kecekapan keseluruhan. Untuk menangani masalah tersebut, langkah proaktif seperti komunikasi yang lebih baik dan penggunaan penyelesaian teknologi seperti BIM diperlukan. Menangani cabaran ini boleh membantu pengurusan rantaian bekalan pembinaan menjadi lebih berkesan, mengurangkan kos dan meningkatkan hasil projek. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kebaikan penggunaan BIM serta cabaran untuk mengintegrasi BIM dalam pengurusan rantaian bekalan bahan binaan dan langkah-langkah untuk menggalakkan penggunaan BIM dalam kalangan pemain industri untuk menambahbaik pengurusan rantaian bekalan bahan pembinaan. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kuantitatif digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada syarikat kontraktor gred G7 di Johor bahru. Seramai 110 responden mewakili 55% daripada keseluruhan borang soal selidik yang diedarkan yang terlibat dalam kajian ini. Semua maklum balas dan data yang diterima dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dengan bantuan perisian SPSS. Dapatan kajian mendapati kebaikan menggunakan BIM dalam pengurusan rantaian bekalan bahan binaan yang paling utama ialah dapat memberikan pandangan menyeluruh tentang projek pembinaan secara digital. Manakala bagi cabaran yang paling utama dalam mengintegrasi BIM dalam pengurusan rantaian bahan binaan ialah BIM memerlukan penggunaan peralatan teknologi yang canggih. Antara langkah yang utama untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut ialah subsidi daripada kerajaan. Justeru, kajian ini diharapkan serba sedikit dapat membantu mengatasi cabaran-cabaran mengintegrasi BIM dalam pengurusan rantaian bekalan bahan pembinaan dan dapat menggalakkan lagi penggunaan BIM dalam kalangan pemain industri |
---|