Literasi pentaksiran dalam kalangan calon guru teknikal di IPTA Zon Selatan

Sistem pendidikan Malaysia kini sedang melangkah ke arah transfomasi pendidikan yang berkualiti. Sehubungan itu, pentingnya proses pentaksiran yang berkualiti dan konsisten dalam menilai prestasi pelajar, maka dengan rasa tanggungjawab calon guru perlu lebih bersedia awal bagi membentuk dan mela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tukiran, Norazlina
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1609/3/24p%20NORAZLINA%20TUKIRAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1609/1/NORAZLINA%20TUKIRAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1609/2/NORAZLINA%20TUKIRAN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1609/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Language: English
English
English
Description
Summary:Sistem pendidikan Malaysia kini sedang melangkah ke arah transfomasi pendidikan yang berkualiti. Sehubungan itu, pentingnya proses pentaksiran yang berkualiti dan konsisten dalam menilai prestasi pelajar, maka dengan rasa tanggungjawab calon guru perlu lebih bersedia awal bagi membentuk dan melahirkan generasi baru yang berkualiti. Kajian ini bertujuan mengukur tahap literasi pentaksiran dalam kalangan calon guru teknikal UTHM dan UTM dari segi kemahiran literasi pentaksiran dalam bilik darjah dan menentukan sejauhmana faktor jantina, tahap kesediaan menjadi guru dan tahap kesediaan pentaksiran calon guru yang mempengaruhi tahap literasi pentaksiran. Penyelidik menggunakan pendekatan kuantitatif dalam kajian ini. Data yang dikumpul adalah menggunakan intrumen inventori yang diadaptasikan daripada Classroom Assessment Literacy Inventory (CAI ) oleh Mertler (2005). Penganalisisan melibatkan 110 orang persampelan tidak bertujuan dari UTHM dan UTM dengan menggunakan perisian Winsteps 3.69.1.11 dan SPSS v19. Berdasarkan dapatan kajian, tahap literasi pentaksiran dalam kalangan calon guru teknikal masih pada tahap yang rendah. Manakala faktor jantina, kesediaan menjadi guru dan kesediaan pentaksiran tidak mempengaruhi tahap literasi pentaksiran calon guru. Oleh yang demikian, dicadangkan kepada pihak berkenaan untuk melihat secara serius berhubung dengan literasi pentaksiran calon guru untuk memastikan keberkesanan pentaksiran prestasi pelajar supaya keputusan yang dibuat tidak menjejaskan kualiti sebenar pelajar. Seterusnya usaha berkenaan dapat bergerak selari dengan sistem transformasi pendidikan dalam merealisasikan generasi pemimpin yang berkualiti dan lestari.