Beberapa masalah aliran lapisan sempadan olakan dengan kesan gelinciran dan tanpa gelinciran pada permukaan
Fenomenon kesan gelinciran pada permukaan boleh berlaku pada permukaan bendalir-pepejal dan pada permukaan lapisan bendalir-bendalir, terutama bagi sesetengah bendalir berskala kecil dalam mikroaliran. Dalam kebanyakan kajian aliran lapisan sempadan yang telah dilakukan oleh para penyelidik, dida...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1761/1/24p%20FAZLINA%20AMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1761/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Fenomenon kesan gelinciran pada permukaan boleh berlaku pada permukaan
bendalir-pepejal dan pada permukaan lapisan bendalir-bendalir, terutama bagi
sesetengah bendalir berskala kecil dalam mikroaliran. Dalam kebanyakan kajian aliran
lapisan sempadan yang telah dilakukan oleh para penyelidik, didapati kesan gelinciran
adalah baik bagi meningkatkan kadar pemindahan haba pada permukaan yang
diperlukan dalam suatu proses penyejukan. Bagi aliran tanpa gelinciran, ciri-ciri
pemindahan haba bergantung pada masalah aliran yang dikaji. Dalam tesis ini, model
matematik dibina untuk mengkaji ciri-ciri aliran dan pemindahan haba bagi lima
masalah aliran lapisan sempadan yang dihadkan kepada aliran mantap dua matra
dalam bendalir likat tak mampat. Masalah pertama dan kedua masing-masing
mempertimbangkan aliran berdekatan titik genangan dan aliran hidromagnet, keduaduanya
pada helaian tegak meregang. Masalah ketiga dan keempat
mempertimbangkan syarat sempadan gelinciran, masing-masing bagi aliran terhadap
titik genangan pada permukaan tegak dan aliran terhadap helaian telap mengecut.
Sementara itu, masalah kelima melibatkan aliran pada permukaan meregang/mengecut
di bawah aliran ricih luar dengan syarat sempadan permukaan olakan. Formulasi
model matematik diperoleh dengan menurunkan persamaan pembezaan separa tak
linear kepada persamaan pembezaan biasa menggunakan penjelmaan keserupaan.
Analisis kepada sistem persamaan yang terhasil dimulakan dengan menyelesaikan
masalah secara berangka menggunakan kaedah kotak Keller atau kaedah tembakan.
Kaedah kotak Keller diatur cara menggunakan perisian MATLAB 7, manakala kaedah
tembakan menggunakan atur cara “bina dalam” dalam perisian Maple 12. Seterusnya,
nilai-nilai berangka bagi pekali geseran kulit dan nombor Nusselt setempat serta
profil-profil halaju dan suhu diperoleh untuk pelbagai nilai parameter menakluk
seperti parameter nisbah halaju, parameter keapungan, parameter magnet, parameter
gelinciran halaju dan terma, nombor Prandtl, parameter olakan, parameter
sedutan/semburan dan parameter regangan/kecutan. Keputusan berangka yang
diperoleh dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Didapati gelinciran halaju
mengurangkan pekali geseran kulit tetapi meningkatkan kadar pemindahan haba pada
permukaan, manakala kesan gelinciran terma adalah sebaliknya. Suhu permukaan pula
didapati bertambah dengan kehadiran medan magnet dan dengan syarat sempadan
permukaan olakan. Selain itu, parameter-parameter menakluk yang lain turut
mempengaruhi pekali geseran kulit dan nombor Nusselt setempat, di samping
kewujudan penyelesaian dual atau unik, bagi masalah-masalah yang dikaji. |
---|