Faktor individu dan faktor persekitaran yang mempengaruhi pemindahan latihan terhadap pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTeM
Sesebuah proses pemindahan latihan boleh dipengaruhi oleh banyak faktor yang boleh mempengaruhi ia daripada berlaku. Faktor-faktor ini dapat diklasifikasikan dalam dua kategori utama, bergantung pada sama ada berkaitan dengan pelatih atau persekitaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji f...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1912/1/24p%20HASLINA%20ZAKARIA.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1912/2/HASLINA%20ZAKARIA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1912/3/HASLINA%20ZAKARIA%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1912/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English English English |
Summary: | Sesebuah proses pemindahan latihan boleh dipengaruhi oleh banyak faktor yang boleh
mempengaruhi ia daripada berlaku. Faktor-faktor ini dapat diklasifikasikan dalam dua
kategori utama, bergantung pada sama ada berkaitan dengan pelatih atau persekitaran.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor individu dan faktor persekitaran yang
dikenalpasti mampu mempengaruhi sesebuah proses pemindahan latihan dalam
kalangan pelatih mahupun pelajar. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah
seramai 180 orang pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah menjalani Latihan Industri. Kaedah
tinjauan, persampelan secara rawak dan instrument berbentuk soal selidik telah
digunakan dalam kajian ini. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan
statistik diskriptif dan inferensi. Berdasarkan analisis yang dijalankan, hasil analisis
mendapati 62 orang responden (34.44%) mempunyai persepsi tahap pemindahan di
tahap yang tinggi. Manakala majoriti responden iaitu seramai 117 orang (68%)
mempunyai persepsi tahap pemindahan yang sederhana. Bagi analisis hubungan antara
faktor individu dengan pemindahan latihan secara keseluruhannya, dapatan kajian
menunjukkan nilai korelasi adalah 0.537. Ini menunjukkan hubungan positif yang
sederhana di antara faktor individu dengan pemindahan latihan. Manakala nilai korelasi
faktor persekitaran terhadap pemindahan latihan ialah 0.623. Ini menunjukkan hubungan
positif yang sederhana di antara faktor persekitaran dengan pemindahan latihan. Melalui
hasil analisis ujian regressi, faktor persekitaran merupakan faktor yang dominan dalam
mempengaruhi pemindahan latihan iaitu sebanyak 38.2%. Hasil kajian ini memberi
gambaran mengenai persepsi tahap pemindahan latihan, hubungan di antara faktor yang
mempengaruhi dengan pemindahan latihan dan faktor yang dominan dalam
mempengaruhi sesebuah pemindahan latihan |
---|