Pengintegrasian kemahiran berfikir dan peta minda Buzan bagi penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi
Tahap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi bagi pelajar tingkatan I di Malaysia adalah berada pada tahap sangat rendah. Manakala, kajian analisis keperluan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah rendah perlu mempelajari kemahiran berfikir dan teknik mengambil nota. Oleh itu, tuj...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2204/1/24p%20TEE%20TZE%20KIONG.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2204/2/TEE%20TZE%20KIONG%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2204/3/TEE%20TZE%20KIONG%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2204/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English English English |
Summary: | Tahap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi bagi pelajar tingkatan I di Malaysia
adalah berada pada tahap sangat rendah. Manakala, kajian analisis keperluan
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah rendah perlu mempelajari
kemahiran berfikir dan teknik mengambil nota. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah
untuk mengenal pasti keberkesanan pengintegrasian kemahiran berfikir dan peta
minda Buzan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dan modifikasi reka bentuk Kuasi Eksperimental yang terdiri
daripada tiga kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan yang melibatkan 157
orang pelajar. Ujian kemahiran berfikir aras tinggi iaitu Ujian SEA (Synthesis,
Evaluation and Analysis) dimodifikasi dan diagihkan kepada sampel kajian untuk
menilai tahap kemahiran berfikir aras tinggi. Rubrik peta minda Buzan dibangunkan
untuk menilai tahap penguasaan peta minda Buzan. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min markah ujian pos SEA
dan ujian pos pencapaian antara kumpulan rawatan 1 (KR1), kumpulan rawatan 2
(KR2), kumpulan rawatan 3 (KR3) dan kumpulan kawalan (KK) secara keseluruhan.
Namun begitu, hanya KR1 dan KR2 sahaja yang mempunyai perbezaan yang
signifikan min markah antara ujian pra dan pos SEA secara keseluruhan. Selain itu,
hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min
markah antara ujian pra dan pos pencapaian dalam KR1, KR2, KR3 dan KK secara
keseluruhan. Keputusan hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat
hubungan positif sederhana yang signifikan antara kemahiran berfikir aras tinggi
dengan ujian pencapaian, r = .539, p < .05, antara peta minda Buzan dengan
kemahiran berfikir aras tinggi, r = .557, p < .05 serta antara peta minda Buzan
dengan ujian pencapaian, r = .513, p < .05. Secara keseluruhan, terdapat
keberkesanan yang signifikan pendekatan pengintegrasian kemahiran berfikir dan
peta minda Buzan menerusi penggunaan modul pembelajaran kendiri bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidu |
---|