Mesin pemotong die

Die cutter machine merupakan suatu alat pemotong kertas atau sesuatu medium mengikut acuan atau bentuk yang ditentukan secara manual. Secara umumnya teknologi mesin ini telah lama berada di pasaran, namun perindustrian besar sahaja yang banyak menggunakannya disebabkan ia memerlukan ruangan yang bes...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zulkepli, Mohd Afiq, Ahad, Rosnee, Mustafa, Mohamad Zaid
Other Authors: Ab Rahman, Azmanirah
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3064/1/Bab09.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3064/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Language: English
Description
Summary:Die cutter machine merupakan suatu alat pemotong kertas atau sesuatu medium mengikut acuan atau bentuk yang ditentukan secara manual. Secara umumnya teknologi mesin ini telah lama berada di pasaran, namun perindustrian besar sahaja yang banyak menggunakannya disebabkan ia memerlukan ruangan yang besar dan bersifat statik. Penyelidikan ini bertujuan merekabentuk, membangunkan dan menguji suatu alat yang inovatif, ergonomik dan mesra pengguna. Model ADDIE telah dipilih sebagai garis panduan utama dalam pembangunan mesin ini. Perkara penting bagi mesin ini adalah memiliki kekuatan motor arus terus yang tinggi dalam usaha menggerakkan batang besi. Mesin ini mampu memotong sehingga saiz A3. Ketinggian di antara pemegang roller dengan rangka produk bagi memotong dengan baik adalah 50 mm dan memerlukan masa 82 saat bagi sekali pemotongan. Hasil pengujian dan penilaian daripada tiga orang pakar dan dua orang pengguna mendapati die cutter machine ini boleh berfungsi dengan baik dan mencapai objektif. Hal yang demikian, produk yang dihasilkan ini dapat membantu pekerja dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) serta seterusnya dapat membantu mengurangkan tenaga manusia.