Hubungan penerimaan teknologi dan komitmen secara normatif

Sesuatu teknologi yang baru diaplikasikan di sesebuah organisasi sering dinilai melalui fungsi dan kelebihan untuk meningkatkan produktiviti organisasi terutamanya untuk bersaing dengan organisasi lain. Organisasi mungkin tidak mengambil kira maklumbalas daripada pekerja sebelum sesuatu teknologi ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohhd Azmi, Noor Juliana, Wahab, Eta
Other Authors: Rodzalan, Shazaitul Azreen
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3151/1/Bab04.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3151/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sesuatu teknologi yang baru diaplikasikan di sesebuah organisasi sering dinilai melalui fungsi dan kelebihan untuk meningkatkan produktiviti organisasi terutamanya untuk bersaing dengan organisasi lain. Organisasi mungkin tidak mengambil kira maklumbalas daripada pekerja sebelum sesuatu teknologi baru dilaksanakan. Sehubungan itu, sekiranya penggunaan teknologi maklumat ini tidak bersesuaian dengan matlamat dan misi organisasi, situasi pekerja, persekitaran, struktur dan budaya, ini akan membawa kepada dua kesan yang besar. Kesan yang pertama adalah membantutkan proses pembangunan dalam mencapai matlamat. Kesan yang kedua pula adalah ia akan menjadi menyebabkan pekerja bersikap negatif dan kurang komited untuk terus kekal dalam organisasi (Allammeh, Shavaran & Dabaghi, 2011). Ini disokong oleh Perl & Griffin (2009) yang mendapati bahawa pekerja yang mempunyai ilmu teknikal tentang komputer yang terhad akan mengalami kebimbangan dalam menggunakan komputer dan ini akan mengakibatkan mereka bersikap negatif terdapat penerimaan teknologi sekiranya pekerja ini perlu mengendalikan perisian yang baru. Kajian yang telah dilakukan oleh Murrell & Sprinkle (1993) mengenai impak sikap negatif komputer terhadap kepuasan dan komitmen pekerja secara umum menunjukkan bahawa pekerja beranggapan bahawa diri mereka tidak mampu menggunakan komputer dan tidak mahu melibatkan diri mereka dengan komputer.