Hubungan di antara efikasi kendiri dan tingkah laku kerja inovatif dalam kalangan pekerja pembuatan
Inovasi dalam organisasi merupakan sebuah proses perubahan yang dapat menghasilkan sesuatu dalam bentuk produk, proses, atau prosedur yang bersifat baharu dalam sebuah organisasi (Ganzer et al., 2017). Untuk mencapai negara berstatus tinggi dalam inovasi, sebuah organisasi perlu membuat pembaharuan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UTHM
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3153/1/Bab05.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3153/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Inovasi dalam organisasi merupakan sebuah proses perubahan yang dapat menghasilkan sesuatu dalam bentuk produk, proses, atau prosedur yang bersifat baharu dalam sebuah organisasi (Ganzer et al., 2017). Untuk mencapai negara berstatus tinggi dalam inovasi, sebuah organisasi perlu membuat pembaharuan dengan memanfaatkan keupayaan pekerja agar lebih berinovatif. Bagi menghadapi keadaan ini, organisasi perlu mentadbir dan bergerak seiring dengan perubahan arus masa agar dapat bersaing dan terus bertahan dalam sektor industri dalam era permodenan. Ini penting bagi sebuah organisasi untuk merekrut dan mengambil pekerja yang tepat untuk bekerja secara kreatif serta mewujudkan persekitaran yang mendorong pekerja untuk terlibat dalam tingkah laku kerja berinovatif. Efikasi kendiri adalah salah satu pembolehubah utama yang mendapat perhatian dan mempunyai implikasi yang penting untuk memahami kreativiti dan inovasi (Puente-Díaz, 2016). Seseorang mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menghasilkan hasil kerja yang inovatif adalah disebabkan oleh faktor efikasi kendiri (Tierney & Farmer, 2011). Di zaman era globalisasi masa kini, inovasi dilihat sebagai pemangkin bagi menentukan acuan dan kepantasan negara untuk mencapai tahap maju. Malaysia kini bergerak melangkaui dan melepasi teras peralihan kepada ekonomi yang diterajui oleh teknologi. Kemajuan teknologi sangat penting dalam mengekalkan kelebihan daya saing negara. Walau bagaimanapun, pekerja perlu mengeluarkan idea yang kreatif agar tingkah laku seiring dengan transformasi sebenar untuk berlakunya inovasi. Tingkah laku kerja inovatif terdiri daripada tingkah laku yang saling berkaitan untuk merujuk kepada inovatif seseorang individu (Kleysen & Street, 2001). |
---|