Pembangunan model klasifikasi penilaian kondisi fasad rumah kedai awal di pusat bandar Muar, Bandar Di Raja Johor

Fasad Rumah Kedai Awal (RKA) menjadi garis masa penting dalam usaha pengekalan dan pemuliharaan bangunan lama di Malaysia. Kepentingan memelihara fasad RKA bukan sahaja bagi kepentingan sejarah tetapi juga bagi tujuan pengekalan jangka masa panjang. Kekurangan alat bagi mengukur kondisi fasad RKA...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Rahman, Sa’afilah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6503/1/24p%20SA%E2%80%99AFILAH%20ABD%20RAHMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/6503/2/SA%E2%80%99AFILAH%20ABD%20RAHMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/6503/3/SA%E2%80%99AFILAH%20ABD%20RAHMAN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/6503/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Language: English
English
English
Description
Summary:Fasad Rumah Kedai Awal (RKA) menjadi garis masa penting dalam usaha pengekalan dan pemuliharaan bangunan lama di Malaysia. Kepentingan memelihara fasad RKA bukan sahaja bagi kepentingan sejarah tetapi juga bagi tujuan pengekalan jangka masa panjang. Kekurangan alat bagi mengukur kondisi fasad RKA secara spesifik menimbulkan permasalahan dalam mengklasifikasikan keadaan semasa fasad RKA khususnya di Pusat Bandar Muar. Sehubungan itu, kajian ini bermatlamat untuk membangunkan model klasifikasi penilaian kondisi fasad RKA. Objektif kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu (i) mengenal pasti elemen dan sub-elemen yang signifikan bagi mengklasifikasikan penilaian kondisi fasad RKA; (ii) membangunkan model klasifikasi dengan teknik Penilaian Analitikal Hierarki (PHA) bagi menilai kondisi fasad bangunan RKA; (iii) mengesahkan secara pragmatik kondisi fasad bangunan RKA menggunakan model yang dibangunkan. Terdapat tiga fasa reka bentuk kajian iaitu Fasa pertama adalah mengenal pasti tiga konstruk dan 18 dimensi fasad hasil daripada maklum balas soal selidik ke atas 100 orang responden. Kesahan borang soal selidik ini melibatkan 3 orang panel berkepakaran. Fasa kedua, dapatan dari protokol temu bual bersama 20 orang panel pakar dapat menentukan pemberat relatif bagi konstruk dan dimensi fasad RKA. Dalam fasa 2 ini, data dianalisis menggunakan kaedah Penilaian Hierarki Analitik (PHA) dan diintegrasikan dalam satu model lengkap. Selanjutnya, penilaian secara pragmatik telah dijalankan ke atas 239 buah RKA. Indeks penilaian fasad 5 Likert digunakan dan hasil penilaian menunjukkan 10% berada dalam keadaan yang sangat baik, 30% baik, 36% sederhana, 21 % memuaskan dan 3% dalam keadaan yang teruk. Hasil penilaian juga mendapati bahawa tiga dimensi yang paling teruk adalah kornis atas, blok dentil dan dinding atas. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya membangunkan satu Model Klasifikasi Penilaian Kondisi Fasad RKA dan pengesahan aplikasi ini membuktikan ianya berfungsi dengan sangat berkesan