The works of Naṣā’iḥ al-‘Ibād by Nawawi al-Bantani and Sirāj al-Ṭālibīn by Ihsan Muhammad Dahlan al-Jampasi al-Kediri: a comparative research on the methods of writing the hadith

Kitab Naṣā’iḥ al-‘Ibād oleh Nawawi al-Bantani dan Sirāj al-Ṭālibīn oleh Ihsan al-Jampasi merupakan antara beberapa kitab utama yang dirujuk di Nusantara dalam ilmu Islam berkaitan nasihat-nasihat agama dan tasawuf. Dalam kedua-dua kitab tersebut memuatkan banyak hadithhadith. Walau bagaimana pun, ti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kirin, Arwansyah, Ismail, Faisal Husen, Borham, Abd Shakor
Format: Article
Language:English
Published: Jurnal Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6554/1/AJ%202020%20%28351%29.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/6554/
https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol48no1.2
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kitab Naṣā’iḥ al-‘Ibād oleh Nawawi al-Bantani dan Sirāj al-Ṭālibīn oleh Ihsan al-Jampasi merupakan antara beberapa kitab utama yang dirujuk di Nusantara dalam ilmu Islam berkaitan nasihat-nasihat agama dan tasawuf. Dalam kedua-dua kitab tersebut memuatkan banyak hadithhadith. Walau bagaimana pun, tidak dinyatakan tentang kedudukan hadith tersebut. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan melihat metodologi penulisan hadith oleh Nawawi al-Bantani dan Ihsan al-Jampasi dalam kitab Naṣā’iḥ al-‘Ibād dan Sirāj al-Ṭālibīn. Selain itu, kajian ini juga menganalisis perbandingan metode kedua-dua kitab tersebut bagi mengetahui titik persamaan dan perbezaan di antara metode-metode tersebut. Metodologi kajian ini adalah kualitatif melalui kaedah kepustakaan dan reka bentuk analisis kandungan kitab Naṣā’iḥ al-‘Ibād dan Sirāj al-Ṭālibīn. Kajian ini mendapati bahawa wujudnya persamaan metode penulisan hadith dalam kitab Naṣā’iḥ al-‘Ibād dan Sirāj al- Ṭālibīn iaitu penulisan hadith tanpa sanad dan hanya menyatakan mukhrīj hadith sahaja. Selain itu, keduanya menggunakan lafaz (sighat) qāla pada awal permulaan hadith. Manakala perbezaanya pula ialah Nawawi al- Bantani menulis hadith tanpa sanad dengan menambah rāwī a‘lā di peringkat tabi’in dan sahabat. Beliau turut menggunakan metode riwayat bi al-lafẓi. Pendekatan Ihsan al-Jampasi pula menggunakan pelbagai sighat (format) untuk menyampaikan hadith, menyatakan sumber hadith dan kadang-kadang menggunakan metode riwayat bi al-ma‘nā.