Pendidikan berterusan dalam peningkatan kompetensi di kalangan profesional organisasi: Kajian kes di KUiTTHO
Golongan profesional dalam sesebuah organisasi akan mengalami sindrom keusangan profesional dalam keijaya mereka jika tiada usaha-usaha yang berterusan dilakukan bagi mengekalkan atau meningkatkan kompetensi golongan ini. Sindrom keusangan profesional ini berlaku berikutan perubahan teknologi,...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7314/1/24p%20FADILAH%20PUTEH.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7314/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Golongan profesional dalam sesebuah organisasi akan mengalami sindrom
keusangan profesional dalam keijaya mereka jika tiada usaha-usaha yang berterusan
dilakukan bagi mengekalkan atau meningkatkan kompetensi golongan ini. Sindrom
keusangan profesional ini berlaku berikutan perubahan teknologi, faktor persaingan
serta penemuan-penemuan pengetahuan yang baru. Penekanan kepada pendidikan
berterusan melalui pendekatan latihan dan pendidikan formal dilihat berupaya untuk
mengatasi sindrom ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji peranan pendidikan
berterusan dalam peningkatan kompetensi dikalangan profesional organisasi. Kajian ini
melibatkan 109 orang responden yang terdiri daripada pegawai kumpulan Pengurusan,
Profesional dan Ikhtisas bukan akademik di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein
Onn (KUiTTHO), Parit Raja, Batu Pahat Johor. Dapatan kajian diperolehi melalui
edaran soal selidik dan di analisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Sciences (SPSS Versi 11.0). Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap
empat kompetensi utama (pentadbiran, komunikasi, kepimpinan dan juga kognitif)
responden, hubungan di antara latihan dengan peningkatan kompetensi responden serta
hubungan di antara pendidikan formal dengan peningkatan kompetensi responden.
Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi utama
responden adalah tinggi dengan min keseluruhan sebanyak 4.12. Hasil analisis data
turut menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan di antara latihan dan
pendidikan formal dengan peningkatan kompetensi responden dengan nilai korelasi
keseluruhan masing-masing sebanyak 0.528 dan 0.230. Hasil kajian menunjukkan
bahawa pendidikan berterusan melalui pendekatan latihan dan pendidikan formal
membantu dalam peningkatan kompetensi responden. Cadangan kepada pihak
pengurusan dan pengkaji akan datang turut disertakan di akhir tesis ini. |
---|