Interaksi dalam sistem pengurusan pembelajaran: satu kajian kes
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau Learning Management System (LMS) adalah salah satu sistem berasaskan web yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam talian. SPP telah lama digunakan di universiti dan kolej di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Austral...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7344/1/24p%20MOHAMAD%20HISYAM%20MOHD.%20HASHIM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7344/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English |
id |
my.uthm.eprints.7344 |
---|---|
record_format |
eprints |
institution |
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
building |
UTHM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
content_source |
UTHM Institutional Repository |
url_provider |
http://eprints.uthm.edu.my/ |
language |
English |
topic |
LB Theory and practice of education LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
spellingShingle |
LB Theory and practice of education LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) Mohd. Hashim, Mohamad Hisyam Interaksi dalam sistem pengurusan pembelajaran: satu kajian kes |
description |
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau Learning Management System (LMS)
adalah salah satu sistem berasaskan web yang digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam talian. SPP telah lama digunakan di universiti dan kolej di luar
negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Di Malaysia,
terdapat beberapa universiti dan kolej universiti telah mula menggunakan SPP.
Terdapat lebih sembilan puluh (90) jenis SPP telah dibangunkan di dalam dan di luar
negara. Antara jenis sistem yang dibangunkan dalam negara adalah myLMS di OUM
dan MyGURU di UPSI. Antara jenis sistem yang dibangunkan di luar negara adalah
WebCT (Web Course Tools), Blackboard, Lotus Learning Space, Top Class, Boniva,
bvLMS, CourseMill dan Evaluation Learner Manager. Universiti-universiti di
Malaysia yang sedang atau pernah menggunakan WebCT adalah Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti
Terbuka Malaysia (OUM), Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Universiti
Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan beberapa
universiti dan kolej universiti awam dan swasta. Sistem Pengurusan Blackboard
sedang digunakan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dan
Lotus Learning Space digunakan di Universiti Sains Malaysia (USM). Tujuan kajian
ini adalah untuk meneroka, memahami dan menjelaskan fenomena interaksi dalam
SPP oleh pensyarah dan pelajar di KUiTTHO sebagai salah satu kaedah pengajaran
dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif, strategi
penyelidikan kajian kes dan analisis statistik. Secara umumnya, dapatan kajian
menunjukkan terdapat isu utama yang timbul, iaitu kurangnya interaksi oleh
pensyarah dengan alatan-alatan dalam SPP setelah 5 tahun berfungsi. Pensyarah dan
pelajar tidak berinteraksi dengan semua alatan yang disediakan SPP. Terdapat
pelbagai alatan dalam SPP yang boleh diinteraksi oleh pensyarah dan pelajar. Walau
bagaimanapun, interaksi hanya aktif berlaku dengan alatan Papan Perbincangan,
alatan Kawasan Kandungan dan alatan Pengumuman. Terdapat perbezaan keaktifan
berinteraksi dengan alatan-alatan yang diinteraksi. Alatan Kawasan Kandungan
membantu pensyarah menyampaikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Manakala
alatan Pengumuman membantu pensyarah menyampaikan maklumat dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Keaktifan berinteraksi tidak menggambarkan
peningkatan pencapaian pelajar tetapi penting kerana merupakan titik permulaan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Kandungan yang
dibincangkan dalam Papan Perbincangan tidak membantu proses pengajaran dan
pembelajaran kerana tidak berkaitan dengan subjek yang dibincangkan. KUiTTHO
mempunyai organisasinya sendiri mentadbir dan melaksanakan SPP. Dapatan kajian
juga menunjukkan, pensyarah tidak atau kurang berinteraksi dengan alatan dalam SPP
disebabkan oleh kemudahan, masa, kefahaman dan kemahiran, polisi dan peraturan,
keaktifan pensyarah dan minat. Komponen tersebut dinamakan ciri-ciri inovasi
interaksi dan interaktiviti pensyarah dalam SPP. Manakala pelajar tidak atau kurang
berinteraksi dengan alatan dalam SPP disebabkan oleh strategi instruksional dalam
talian, masa, kemudahan, kandungan, keaktifan pelajar, kefahaman dan kemahiran
serta minat. Komponen tersebut dinamakan ciri-ciri inovasi interaksi dan interaktiviti
pelajar dalam SPP. Pelaksanaan pembelajaran dalam talian di IPT sebagai strategi
instruksional bukan suatu perkara yang mudah dan perlu difikirkan dengan mendalam
jika sesebuah EPT ingin melaksanakan SPP. Interpretasi hasil pemahaman ke atas
keseluruhan dapatan kajian, kajian literatur dan pengalaman ketika berada di lapangan
kajian membolehkan penyelidik membentuk satu kerangka konseptual pembelajaran
dalam talian yang dikenali sebagai Kontinum Interaksi Pembelajaran Dalam Talian
(KIPAT) atau Online Learning Interaction Continuum (OLIC). |
format |
Thesis |
author |
Mohd. Hashim, Mohamad Hisyam |
author_facet |
Mohd. Hashim, Mohamad Hisyam |
author_sort |
Mohd. Hashim, Mohamad Hisyam |
title |
Interaksi dalam sistem pengurusan pembelajaran: satu kajian kes |
title_short |
Interaksi dalam sistem pengurusan pembelajaran: satu kajian kes |
title_full |
Interaksi dalam sistem pengurusan pembelajaran: satu kajian kes |
title_fullStr |
Interaksi dalam sistem pengurusan pembelajaran: satu kajian kes |
title_full_unstemmed |
Interaksi dalam sistem pengurusan pembelajaran: satu kajian kes |
title_sort |
interaksi dalam sistem pengurusan pembelajaran: satu kajian kes |
publishDate |
2006 |
url |
http://eprints.uthm.edu.my/7344/1/24p%20MOHAMAD%20HISYAM%20MOHD.%20HASHIM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7344/ |
_version_ |
1739830445353205760 |
spelling |
my.uthm.eprints.73442022-07-21T04:07:14Z http://eprints.uthm.edu.my/7344/ Interaksi dalam sistem pengurusan pembelajaran: satu kajian kes Mohd. Hashim, Mohamad Hisyam LB Theory and practice of education LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau Learning Management System (LMS) adalah salah satu sistem berasaskan web yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam talian. SPP telah lama digunakan di universiti dan kolej di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Di Malaysia, terdapat beberapa universiti dan kolej universiti telah mula menggunakan SPP. Terdapat lebih sembilan puluh (90) jenis SPP telah dibangunkan di dalam dan di luar negara. Antara jenis sistem yang dibangunkan dalam negara adalah myLMS di OUM dan MyGURU di UPSI. Antara jenis sistem yang dibangunkan di luar negara adalah WebCT (Web Course Tools), Blackboard, Lotus Learning Space, Top Class, Boniva, bvLMS, CourseMill dan Evaluation Learner Manager. Universiti-universiti di Malaysia yang sedang atau pernah menggunakan WebCT adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan beberapa universiti dan kolej universiti awam dan swasta. Sistem Pengurusan Blackboard sedang digunakan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dan Lotus Learning Space digunakan di Universiti Sains Malaysia (USM). Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka, memahami dan menjelaskan fenomena interaksi dalam SPP oleh pensyarah dan pelajar di KUiTTHO sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif, strategi penyelidikan kajian kes dan analisis statistik. Secara umumnya, dapatan kajian menunjukkan terdapat isu utama yang timbul, iaitu kurangnya interaksi oleh pensyarah dengan alatan-alatan dalam SPP setelah 5 tahun berfungsi. Pensyarah dan pelajar tidak berinteraksi dengan semua alatan yang disediakan SPP. Terdapat pelbagai alatan dalam SPP yang boleh diinteraksi oleh pensyarah dan pelajar. Walau bagaimanapun, interaksi hanya aktif berlaku dengan alatan Papan Perbincangan, alatan Kawasan Kandungan dan alatan Pengumuman. Terdapat perbezaan keaktifan berinteraksi dengan alatan-alatan yang diinteraksi. Alatan Kawasan Kandungan membantu pensyarah menyampaikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Manakala alatan Pengumuman membantu pensyarah menyampaikan maklumat dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keaktifan berinteraksi tidak menggambarkan peningkatan pencapaian pelajar tetapi penting kerana merupakan titik permulaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Kandungan yang dibincangkan dalam Papan Perbincangan tidak membantu proses pengajaran dan pembelajaran kerana tidak berkaitan dengan subjek yang dibincangkan. KUiTTHO mempunyai organisasinya sendiri mentadbir dan melaksanakan SPP. Dapatan kajian juga menunjukkan, pensyarah tidak atau kurang berinteraksi dengan alatan dalam SPP disebabkan oleh kemudahan, masa, kefahaman dan kemahiran, polisi dan peraturan, keaktifan pensyarah dan minat. Komponen tersebut dinamakan ciri-ciri inovasi interaksi dan interaktiviti pensyarah dalam SPP. Manakala pelajar tidak atau kurang berinteraksi dengan alatan dalam SPP disebabkan oleh strategi instruksional dalam talian, masa, kemudahan, kandungan, keaktifan pelajar, kefahaman dan kemahiran serta minat. Komponen tersebut dinamakan ciri-ciri inovasi interaksi dan interaktiviti pelajar dalam SPP. Pelaksanaan pembelajaran dalam talian di IPT sebagai strategi instruksional bukan suatu perkara yang mudah dan perlu difikirkan dengan mendalam jika sesebuah EPT ingin melaksanakan SPP. Interpretasi hasil pemahaman ke atas keseluruhan dapatan kajian, kajian literatur dan pengalaman ketika berada di lapangan kajian membolehkan penyelidik membentuk satu kerangka konseptual pembelajaran dalam talian yang dikenali sebagai Kontinum Interaksi Pembelajaran Dalam Talian (KIPAT) atau Online Learning Interaction Continuum (OLIC). 2006-01 Thesis NonPeerReviewed text en http://eprints.uthm.edu.my/7344/1/24p%20MOHAMAD%20HISYAM%20MOHD.%20HASHIM.pdf Mohd. Hashim, Mohamad Hisyam (2006) Interaksi dalam sistem pengurusan pembelajaran: satu kajian kes. Doctoral thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris. |