Latar belakang pendidikan teknik dan vokasional di kalangan usahawan kecil bumiputera Parit Raja dan keperluannya dalam perniagaan yang diceburi: satu kajian kes
Kajian kes mengenai Iatar belakang pendidikan teknik dan vokasional (PTV) usahawan kecil Bumiputera Parit Raja dan keperluannya dalam perniagaan yang diceburi adalah bertujuan untuk mengenai pasti Iatar belakang PTV yang dimiliki oleh usahawan kecil Bumiputera Parit Raja, Batu Pahat. Selain it...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7432/1/24p%20ROSLINA%20AHMAD.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7432/2/ROSLINA%20AHMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7432/3/ROSLINA%20AHMAD%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7432/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English English English |
Summary: | Kajian kes mengenai Iatar belakang pendidikan teknik dan vokasional (PTV)
usahawan kecil Bumiputera Parit Raja dan keperluannya dalam perniagaan yang
diceburi adalah bertujuan untuk mengenai pasti Iatar belakang PTV yang dimiliki
oleh usahawan kecil Bumiputera Parit Raja, Batu Pahat. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengetahui latihan teknik dan vokasional yang telah disertai dan
tanggapan terhadap latihan tersebut. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui
latihan dan kemahiran teknik dan vokasional yang diperlukan oleh mereka. Di dalam
kajian ini, ia melibatkan responden seramai 82 orang. Pemprosesan dan
penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dalam
Bahagian A dan B (maklumat peribadi dan Iatar belakang perniagaan responden)
untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Manakala dalam Bahagian C pula
(Iatar belakang PTV, latihan teknik dan vokasional yang pernah disertai, tanggapan
terhadap latihan tersebut serta latihan dan kemahiran teknik dan vokasional yang
diperlukan oleh responden ), perisian 'Statistical Package For Social Sciences'
(SPSS) digunakan untuk mendapatkan perhitungan min. Dapatan kajian mendapati
usahawan kecil Bumiputera Parit Raja hanya mempunyai tahap PTV di peringkat
asas (SPM) dan mereka memerlukan latihan dan kemahiran teknik dan vokasional di
dalam perniagaan yang diceburi. |
---|