Penghasilan modul bahasa pengatucaraan C untuk pelajar-pelajar BTI 2133 Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Pihak kerajaan sedar terhadap kehadiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai sumber ekonomi serta enjin ekonomi yang berupaya memacu ekonomi negara dalam era globalisasi. Koridor Raya Multimedia (MSC) ternyata adalah bukti tentang kepercayaan kita mengenai potensi teknologi tersebut...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Masrom, Nor Ratna
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8167/1/24p%20NOR%20RATNA%20MASROM.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8167/2/NOR%20RATNA%20MASROM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8167/3/NOR%20RATNA%20MASROM%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8167/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Language: English
English
English
Description
Summary:Pihak kerajaan sedar terhadap kehadiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai sumber ekonomi serta enjin ekonomi yang berupaya memacu ekonomi negara dalam era globalisasi. Koridor Raya Multimedia (MSC) ternyata adalah bukti tentang kepercayaan kita mengenai potensi teknologi tersebut. Institusi pendidikan merupakan wadah utama bagi tujuan penerusan, kesinambungan, penentu utama arah tujuan dan kelangsungan kuasa sesebuah masyarakat bagi melahirkan para graduan yang berketrampilan dan berkualiti. Oleh sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab institut tersebut menyediakan bahan pembelajaran untuk peningkatan kefahaman seperti penyediaan modul, CD dan sebagainya ,termasuk usaha memurnikan lagi modul perlu dijalankan agar masa, wang dan tenaga dapat dijimatkan.Dalam kajian ini, seramai 54 orang pelajar BTI 2133 dijadikan sampel kajian dan didapati mereka mempunyai tahap pengetahuan bahasa pengaturcaraan yang tinggi. Maka penyelidik perlu menyediakan modul yang bersesuaian dengan tahap pengetahuan mereka. Selain dari itu, terdapat perbezaan signifikan di antara modul lama dan modul yang telah dimurnikan. Juga terdapat hubungan signifikan di antara kefahaman dan teknik persembahan, kefahaman dan teknik penilaian, dan kefahaman dan penerangan. Namun ketiga-tiga ciri memberi pengaruli yang amat kecil di dalam peningkatan kefahaman.