Meninjau kesediaan awal pelajar politeknik sebelum menjalani latihan industri dalam meningkatkan pengetahuan terhadap alam pekerjaan
Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau kesediaan awal pelajar sebelum menjalani latihan industri dalam pengetahuan dan kefahaman mengenai keadaan sebenar alam pekerjaan. Kajian ini dibuat ke atas 90 orang pelajar peringkat sijil bagi kursus kejuruteraan Elektrik, Mekanikal dan Awam di Politeknik...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8697/1/24p%20RAHIZANA%20MOHD%20IBRAHIM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8697/2/RAHIZANA%20MOHD%20IBRAHIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8697/3/RAHIZANA%20MOHD%20IBRAHIM%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8697/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English English English |
Summary: | Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau kesediaan awal pelajar sebelum
menjalani latihan industri dalam pengetahuan dan kefahaman mengenai keadaan
sebenar alam pekerjaan. Kajian ini dibuat ke atas 90 orang pelajar peringkat sijil bagi
kursus kejuruteraan Elektrik, Mekanikal dan Awam di Politeknik Ungku Omar, Ipoh
yang telah menjalani latihan industri. Kajian ini juga dibuat untuk meninjau sama
ada terdapat kepincangan terhadap program latihan industri yang sedang
dilaksanakan supaya cadangan untuk memperbaikinya dapat dibuat. Justeru itu,
kajian dibuat bagi menilai aspek-aspek seperti kesediaan awal pelajar sebelum
memasuki latihan industri, kefahaman mereka mengenai etika kerja, kehidupan sosial
mereka sebelum menjalani latihan industri, hubungan mereka dengan pihak
Politeknik dan juga pihak Industri serta masalah hubungan komunikasi di tempat
kerja dengan pekerja industri yang boleh menjejaskan mutu latihan yang mereka
jalani. Justeru itu, daripada analisis yang dibuat, satu cadangan modul kursus jangka
pendek latihan kemahiran interpersonal di tempat kerja dicadangkan untuk di sertai
oleh pelajar sebelum menjalani latihan industri bagi memperbaiki lagi program
latihan industri yang sedia ada. Kursus ini mencakupi pengenalan mengenai
organisasi syarikat, kemahiran berkomunikasi serta etika sosial ketika berada di
sektor perindustrian. Modul ini juga dibuat bersama bahan-bahan pengajaran bagi
memudahkan kursus ini dijalankan. Di harap dengan kajian yang telah dibuat dan
juga pembinaan modul ini, akan membantu pelajar dan juga pensyarah untuk
manjalankan kursus ini. |
---|