Perlaksanaan mata pelajaran pendidikan teknik dan vokasional di peringkat sekolah menengah kebangsaan: satu tinjauan di daerah Batu Pahat
Kajian kes ini merupakan satu tinjauan terhadap perlaksanaan mata pelajaran pendidikan teknik dan vokasional di sekolah-sekolah menengah kebangsaan sekitar daerah Batu Pahat. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan fizikal sekolah, kelayakan guru dan pencapaian pelajar di sekolah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8743/1/24p%20MOHD.%20AZAMRI%20KANDARI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8743/2/MOHD.%20AZAMRI%20KANDARI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8743/3/MOHD.%20AZAMRI%20KANDARI%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8743/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English English English |
Summary: | Kajian kes ini merupakan satu tinjauan terhadap perlaksanaan mata pelajaran
pendidikan teknik dan vokasional di sekolah-sekolah menengah kebangsaan sekitar
daerah Batu Pahat. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan fizikal
sekolah, kelayakan guru dan pencapaian pelajar di sekolah-sekolah yang
menawarkan mata pelajaran berkaitan. Metodologi kajian adalah berasaskan kajian
tinjauan dengan menggunakan 2 instrumen, iaitu soal selidik dan temubual.
Maklumat yang diperolehi dari tinjauan awal permasalahan kajian ini menunjukkan
penawaran mata pelajaran pendidikan teknik dan vokasional hanya melibatkan mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan sahaja. Terdapat 4 buah sekolah menengah
kebangsaan di daerah ini yang melaksanakan mata pelajaran tersebut bagi pelajar
tingkatan 4 dan 5. Sampel kajian terdiri daripada 5 orang guru mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan yang ditempatkan di sekolah-sekolah berkenaan. Dapatan
utama kajian menunjukkan 60% responden mempunyai pengalaman mengajar 3
hingga 4 tahun di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kelulusan akademik
tertinggi responden adalah di peringkat Ijazah Pertama iaitu 90% dengan 60%
mempunyai latar belakang pendidikan di dalam bidang kejuruteraan. Dari segi
kemudahan fizikal, kajian mendapati keseluruhan sekolah yang terlibat menyediakan
2 bilik iaitu bilik lukisan dan makmal komputer. Kebanyakan bangunan adalah bilik
daijah yang diubahsuai 75% dan bangunan tambahan 25%. Secara keseluruhannya,
prestasi pencapaian keseluruhan pelajar adalah pada tahap sederhana iaitu 80%,
manakala 20% lagi memperolehi pencapaian pada tahap lemah. Terdapat beberapa
cadangan dikemukakan untuk memperbaiki sistem yang sedia ada. |
---|