Penghasilan dan penilaian kesesuaian borang penilaian kokurikulum di sebuah politeknik

Kajian ini bertajuk "Penghasilan dan Penilaian Kesesuaian Borang Penilaian Kokurikulum di Sebuah Politeknik" telah dilaksanakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah, Jitra. Kajian ini menjurus kepada mendapatkan maklumbalas daripada semua tenaga pengajar dan pensyarah ber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Misnan, Nur Iliza
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9004/1/24p%20NUR%20ILIZA%20MISNAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9004/2/NUR%20ILIZA%20MISNAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9004/3/NUR%20ILIZA%20MISNAN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9004/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Language: English
English
English
Description
Summary:Kajian ini bertajuk "Penghasilan dan Penilaian Kesesuaian Borang Penilaian Kokurikulum di Sebuah Politeknik" telah dilaksanakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah, Jitra. Kajian ini menjurus kepada mendapatkan maklumbalas daripada semua tenaga pengajar dan pensyarah berkenaan Borang Penilaian Kokurikulum daripada mereka yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di POLIMAS. Borang berkenaan telah dinilai oleh 42 orang responden daripada 44 orang populasi yang dipilih. Dengan menggunakan borang soal selidik ini, sebanyak 28 soalan telah digunakan untuk menjawab tiga persoalan kajian pengkaji. Bagi tujuan analisis data, Statistical Packages For Social Science (SPSS Version 11.0) telah digunakan . Seterusnya pengkaji telah menggunakan analisis skor min untuk menghuraikan setiap dapatan yang diperolehi. Hasil dapatan analisis telah menunjukkan semua responden bersetuju dengan penghasilan borang berkenaan terutamanya dari empat aspek utama iaitu penggunaan bahasa, kesesuaian format, kaedah pemarkahan menggunakan formula dan kesesuaian penggunaan borang ini di masa akan datang. Menerusi maklumbalas yang dikemukakan juga terdapat cadangan beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan dilakukan agar Borang Penilaian Kokurikulum berkenaan mampu memberi nilai kepada pencapaian pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Selaras dengan itu juga, adalah diharapkan Borang Penilaian Kokurikulum ini akan diimplementasikan seluruh politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.