Pembangunan dan penilaian e-modul bagi topik struktur binaan tangga subjek teknologi bahan dan binaan
Penggunaan e-modul merupakan satu alternatif untuk memperkembangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi. E-modul direkabentuk untuk mempertingkatkan kualiti pembelajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut perkembangan individu. Kajian berbentuk tinjauan dan pe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9133/1/24p%20MAZIANA%20MOHAMED.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9133/2/MAZIANA%20MOHAMED%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9133/3/MAZIANA%20MOHAMED%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9133/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English English English |
Summary: | Penggunaan e-modul merupakan satu alternatif untuk memperkembangkan
kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi. E-modul direkabentuk untuk
mempertingkatkan kualiti pembelajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan
mengikut perkembangan individu. Kajian berbentuk tinjauan dan penilaian ini bertujuan
untuk menilai modul yang dibangunkan dari aspek isi kandungan, sifat mesra pengguna,
rekabentuk antara muka dan persembahan serta penggunaan bahasa. Responden bagi
kajian ini ialah seramai 34 orang pelajar Semester II, Sijil Kejuruteraan Awam Politeknik
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Melalui penggunaan instrumen soal selidik,
pengumpulan data dilakukan berdasarkan maklumbalas responden terhadap aspek yang
dinyatakan bagi perisian ini. Kesemua data terkumpul dianalisis dengan menggunakan
SPSS 11.5 for Windows (Statistical Package for Social Science) bagi mendapatkan skor
min, sisihan piawai dan jadual frekuensi. Dapatan kajian menunjukkan respon yang
positif dengan nilai skor min yang tinggi bagi kebanyakan item. Daripada maklumbalas
responden, dapat dirumuskan bahawa perisian yang dibangunkan mempunyai isi
kandungan yang jelas dan memenuhi keperluan silibus, bersifat mesra pengguna,
mempunyai rekabentuk antara muka dan persembahan yang menarik dan penggunaan
bahasa yang sesuai dan mudah difahami. Oleh itu, e-modul yang dibangunkan ini boleh
digunakan sebagai bahan pembelajaran kendiri bagi memangkinkan proses pengajaran
dan pembelajaran. |
---|