Ke arah pembangunan E-Modul pengajaran dan pembelajaran : satu tinjauan program latihan perisian blackboard5 terhadap pensyarah KUiTTHO
Kajian ini bertajuk 'Ke Arah Pembangunan E-Modul Pengajaran Dan Pembelajaran : Satu Tinjauan Latihan Perisian Blackboards Terhadap Pensyarah KUiTTHO '. Di antara objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan dan kekangan latihan perisian Blackboards kepada pensyarah bagi m...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9633/1/24p%20ROSIDA%20AHMAD.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9633/2/ROSIDA%20AHMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9633/3/ROSIDA%20AHMAD%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9633/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English English English |
Summary: | Kajian ini bertajuk 'Ke Arah Pembangunan E-Modul Pengajaran Dan
Pembelajaran : Satu Tinjauan Latihan Perisian Blackboards Terhadap Pensyarah
KUiTTHO '. Di antara objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan
dan kekangan latihan perisian Blackboards kepada pensyarah bagi membangunkan
e-modul untuk semua matapelajaran selaras dengan perlaksanaan e-learning
KUiTTHO pada masa hadapan. Kajian ini menggunakan dua jenis sumber data iaitu
data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi menerusi borang soal selidik
yang diedarkan kepada responden sementara data sekunder adalah data yang
diperolehi seperti melalui pembacaan jurnal, kertas keija seminar atau artikel yang
diperolehi melalui internet. Sampel kajian terdiri daripada pensyarah yang pernah
mengikuti latihan perisian dan fasilitator latihan tersebut. Data dianalisis dengan
menggunakan program Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 10.
Hasil kajian mendapati bahawa latihan perisian Blackboards adalah perlu diikuti
oleh setiap pensyarah. Latihan ini amat memberi manfaat kepada pensyarah kerana
ia bukan sahaja dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka
tetapi ia juga mendedahkan diri mereka kepada perkembangan teknologi yang boleh
diaplikasikan di dalam usaha meningkatkan mutu proses pengajaran dan
pembelajaran di KUiTTHO. Hasil kajian menunjukkan terdapat halangan yang
jika tidak di atasi akan menggagalkan usaha seterusnya perlaksanaan e-learning dan
pembangunan e-modul keseluruhannya. Kekurangan kemudahan makmal komputer
dan ketiadaan kursus dalam aspek rekabentuk pembelajaran yang bercorak interaktif
merupakan faktor penting hasil dapatan kajian. Di antara cadangan hasil daripada
dapatan kajian adalah pihak KUiTTHO perlu menambah peruntukan bagi
menyediakan infrastruktur bagi kemudahan makmal komputer yang lengkap dan
bersesuaian dengan konsep e-learning |
---|