Pembangunan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4:Haba Pendam Tentu Pengewapan Dengan Menggunakan Teori Konstruktivisme

Laman web Latent Heat of Vaporisation merupakan laman web yang dibina untuk membolehkan pelajar melakukan eksperimen bagi topik Haba Pendam Pengewapan secara digital dengan hanya menggunakan tetikus komputer. Melalui laman web ini, pelajar-pelajar dapat memahami konsep haba pendam pengewapan seca...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahya, Noraffandy, Azaharuddin, Noor Azzuhana
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10122/1/Noor_Azzuhana_Binti_Azaharuddin.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10122/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Laman web Latent Heat of Vaporisation merupakan laman web yang dibina untuk membolehkan pelajar melakukan eksperimen bagi topik Haba Pendam Pengewapan secara digital dengan hanya menggunakan tetikus komputer. Melalui laman web ini, pelajar-pelajar dapat memahami konsep haba pendam pengewapan secara lebih mendalam dengan bantuan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik dan animasi yang terdapat di dalam laman web ini. Perisian utama yang digunakan untuk membangunkan laman web ini ialah perisian Adobe Dreamwever CS3. Selain itu, perisian-perisian sokongan yang digunakan semasa proses pembangunan laman web ini ialah perisian Adobe Flash CS3 dan Adobe Photoshop CS3. Teori pembelajaran yang digunakan dalam laman web ini ialah Teori Konstruktivisme. Teori konstrutivisme adalah teori yang berpusatkan pelajar. Berdasarkan teori tersebut, laman web yang dibina juga adalah berpusatkan pelajar di mana pelajar bebas melakukan eksperimen mengikut cara mereka sendiri berpandukan arahan yang diberikan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan semasa pembangunan laman web ialah model ADDIE. Terdapat 5 fasa dalam model ini, iaitu, Analysis, Design, Development, Implementation, dan Evaluation. Model ADDIE digunakan dalam pembangunan laman web kerana model ini mudah untuk digunakan dan fasa-fasa yang terdapat dalam model ini juga membolehkan laman web dibina dengan lebih sistematik. Diharapkan laman web ini akan membantu guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran topik Haba Pendam Pengewapan.