Kertas konsep kajian pembangunan kerangka amalan kreativiti pengajaran guru lukisan kejuruteraan (AKPG-lK).

Kertas konsep ini adalah merujuk kepada kajian yang sedang dijalankan oleh penyelidik dalam mengkaji serta membangunkan sebuah Kerangka Amalan Kreativiti Pengajaran Guru Lukisan Kejuruteraan (AKPG - LK). Kajian ini menggunakan kaedah bercampur penerokaan berjujukan (Eksploratory Sequential Mixed Met...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ngatiman, Suriana, Saud, Muhammad Sukri
Format: Article
Language:English
Published: Asian Scholars Network 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/104335/1/SurianaNgatimanMuhammadSukriSaud2022_KertasKonsepKajianPembangunanKerangkaAmalan.pdf
http://eprints.utm.my/104335/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/20265/10898
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kertas konsep ini adalah merujuk kepada kajian yang sedang dijalankan oleh penyelidik dalam mengkaji serta membangunkan sebuah Kerangka Amalan Kreativiti Pengajaran Guru Lukisan Kejuruteraan (AKPG - LK). Kajian ini menggunakan kaedah bercampur penerokaan berjujukan (Eksploratory Sequential Mixed Method) iaitu melibatkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah temubual digu nakan untuk meneroka konstruk dan subkonstruk amalan kreativiti Pengajaran guru dikalangan pakar diperingkat fasa kualitatif. Manakala kaedah Fuzzy Delphi digunakan untuk mendapatkan kesepakatan dan konsensus pakar terhadap konstruk dan dimensi konstruk . Responden yang terpilih adalah dikalangan Pakar dan Guru Cemerlang Lukisan Kejuruteraan (LK) dan guru mata pelajaran LK di Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia. Kajian rintis turut dilakukan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item ins trumen sebagai persediaan untuk kajian sebenar. Pendekatan Model Pengukuran Rasch melalui perisian Winsteps digunakan untuk menguji analisis kesahan dan kebolehpercayaan item dan responden serta indeks pengasingan item, polariti item, kesesuaian item dan korelasi item untuk memastikan item yang dibina diterima, diperbaiki atau digugurkan. Seterusnya untuk kajian sebenar perisian Winsteps Analisis Komponen Utama (PCA) digunakan untuk memastikan Kerangka yang dibangunkan adalah sah dan bersifat unidimensi. Disamping itu pembangunan kerangka diperkukuhkan melalui Item Content Validity Index (I - CVI) yang akan dilakukan oleh pakar yang dilantik secara teknikal untuk menyemak dan mengesahkan kandungan kerangka yang dibangunkan . Diharapkan melalui pembinaan Ker angka AKPG - LK dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pada pendidik agar sentiasa bersedia dan melakukan perubahan dalam memastikan pengajaran menjadi lebih kreatif, menarik dan berkesan .