Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal

Kajian ini adalah untuk meninjau pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam, Elektrik dan Mekanikal di 6 buah sekolah menengah teknik di Negeri Johor dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Buntat, Yahya, Yusof, Amirudin
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10475/1/PENDEKATAN_PEMBELAJARAN_SECARA_KONSTRUKTIVISME.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10475/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk meninjau pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam, Elektrik dan Mekanikal di 6 buah sekolah menengah teknik di Negeri Johor dan Pahang dijadikan sampel kajian. Kaedah tinjauan adalah menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 12.0 (Statistical Package for Social Sciences) dan dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Kajian ini mendapati guru-guru teknikal memahami dan mengaplikasikan pembelajaran secara konstruktivisme di dalam kelas (min = 4.19). Selain itu, keadaan pelajar yang telah dikenalkan dengan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme menujukkan mereka lebih faham (min = 3.98) dan kelihatan lebih aktif (min = 3.94) sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala, kesediaan fasiliti di sekolah juga telah menggalakkan guru-guru teknikal melaksanakan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme (min = 3.95). Walaupun, pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme ini dijalankan oleh guru-guru teknikal tetapi masih ada sedikit permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakannya (min = 3.31).