Persepsi Pelajar SPI UTM Berkenaan Karamah Dan Sihir

Karamah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya yang soleh dan bertakwa sedangkan sihir pula diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang fasik dan bertujuan menyesatkannya. Secara umumnya masyarakat didapati keliru dalam membezakan perkara-perkara yang luar biasa khususnya berkenaan karamah dan sihir....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosman , Arieff Salleh, Omar, Azubir
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10485/1/Persepsi_Pelajar_SPI_Utm_Berkenaan_Karamah_Dan_Sihir.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10485/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Karamah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya yang soleh dan bertakwa sedangkan sihir pula diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang fasik dan bertujuan menyesatkannya. Secara umumnya masyarakat didapati keliru dalam membezakan perkara-perkara yang luar biasa khususnya berkenaan karamah dan sihir. Oleh itu kajian ini penting untuk mengkaji persepsi pelajar SPI terhadap karamah dan sihir. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi mahasiswa SPI terhadap maksud karamah dan sihir, tindak tanduk yang berlaku dalam karamah dan sihir serta perbezaannya, dan untuk mengenalpasti penyelesaian masalah sihir di kalangan masyarakat. Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan yang timbul dalam masyarakat seperti maksud, tindak tanduk dan perbezaan serta penyelesaian masalah sihir. Kajian yang dijalankan ini berbentuk kuantitatif atau deskriptif dan penyelidik mengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 hingga tahun 4 SPI. Borang soal selidik yang telah lengkap diisi oleh responden dikutip dan dianalisa menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) for window version 14.0. Dapatan kajian ini menunjukkan purata min berkenaan persepsi mahasiswa SPI terhadap maksud karamah dan sihir adalah positif dan nilai purata minnya ialah 4.22. Maklum balas responden terhadap tindak tanduk yang berlaku dalam karamah dan sihir serta perbezaannya juga adalah positif dan nilai purata minnya ialah 4.25. Manakala persepsi mahasiswa SPI terhadap cara untuk menyelesaikan masalah sihir di kalangan masyarakat mencatat nilai purata minnya 4.68.