Pembangunan web portal berasaskan MOODLE bagi tajuk ‘Electrolysis of Aqueous Solution’ kimia tingkatan empat

Pembelajaran berasaskan web semakin kerap diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pembangunan web portal bagi tajuk „Electrochemistry? ini menggunakan Sistem Pengurusan Kursus MOODLE, adalah satu langkah yang sesuai untuk menambahkan lagi bilangan bahan pembelajaran seca...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jonid, Musim, Marsidi, Hamidah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10562/1/Pembangunan_Web_Portal_Berasaskan_MOODLE_Bagi_Tajuk.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10562/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pembelajaran berasaskan web semakin kerap diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pembangunan web portal bagi tajuk „Electrochemistry? ini menggunakan Sistem Pengurusan Kursus MOODLE, adalah satu langkah yang sesuai untuk menambahkan lagi bilangan bahan pembelajaran secara dalam talian. Sejajar dengan itu, web portal ini dibangunkan dalam versi Bahasa Inggeris demi menyahut cabaran negara menjayakan visi negara dalam inisiatif dasar P&P bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Interaksi antara para pelajar dan guru menjadi faktor utama menjadikan proses P&P berlaku dalam suasana Konstruktivisme sosial. Pelbagai bahan kursus yang dibangunkan iaitu bahan kursus statik, bahan kursus interaktif yang merangkumi „Lesson. Quiz, Assignment,dan Choices’, dan bahan kursus sosial yang merangkumi „Forum dan Chat’ yang dapat melengkapkan proses P&P yang berlaku. Nota-nota dan aktiviti yang disediakan adalah menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint sebagai platform utama untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan menggabungkan elemen-elemen multimedia yang luas. Projek ini menggunakan pendekatan bersistem model ASSURE yang merangkumi 6 fasa iaitu Analisis Pelajar, Menyatakan Objektif, Memilih Kaedah, Media dan Bahan, Mengguna Media dan Bahan, Penglibatan Pelajar, dan Menilai dan Mengulang Kaji.