Penilaian Pelaksanaan Program Tunas Bistari Dalam Pembangunan Budaya Keusahawanan Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian Johor

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah menengah. Tinjauan dekskriptif digunakan bagi mencapai objektif kajian. Seramai 45 orang pelajar dan 6 orang guru dari 3 buah sekolah di Daerah Pontian telah dipilih secara rawak seb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Osman , Mohd Hassan, Rohman, Haslizah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10564/1/Penilaian_Pelaksanaan_Program_Tunas_Bistari_Dalam_Pembangunan_Budaya_Keusahawanan_Di_Sekolah.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10564/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah menengah. Tinjauan dekskriptif digunakan bagi mencapai objektif kajian. Seramai 45 orang pelajar dan 6 orang guru dari 3 buah sekolah di Daerah Pontian telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian dijalankan dengan menggunakan satu set soal selidik yang diedarkan kepada pelajar dan menjalankan temubual bagi guru-guru berkenaan. Analisis data adalah dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science for window version 11.5 (SPSS). Aspek-aspek yang dikaji adalah dari segi pengurusan program latihan Tunas BISTARI, kemudahan-kemudahan latihan yang disediakan, cara penyampaian penceramah dan juga pengaplikasian ilmu oleh pelajar. Hasil kajian didapati pelajar dan guru yang mengikuti Program Tunas BISTARI berpuas hati dengan cara pengurusan program latihan di mana pelajar mengatakan bahawa Program Tunas BISTARI diuruskan dengan baik. Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan latihan, pelajar amat berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan latihan yang disediakan di dalam program. Dari segi penyampaian penceramah, majoriti pelajar mengutarakan kepuasan mereka dengan kualiti penyampaian penceramah dan pelajar menyatakan bahawa mereka telah mengaplikasi ilmu pengetahuan, pengalaman hasil daripada mengikuti program tersebut. Akhir sekali, cadangan yang bernas dikemukan bagi meningkatkan lagi Program Tunas BISTARI yang dianjurkan oleh Pihak Johor Corporation (JCorp).