Gaya kepimpinan pengetua dan ciri-ciri yang efektif

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik perkaitan di antara gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua melalui persepsi guru-guru sekolah menengah terhadap gaya kepimpinan Pengetua serta ciri-ciri Pengetua efektif. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 549 orang guru terlatih yang tetap dalam p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: A. Ghafar, Mohd. Najib, Arbak, Tamyis
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10661/1/MohdNajibAGhafar2008_GayaKepimpinanPengetuadanCiricri.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10661/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menyelidik perkaitan di antara gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua melalui persepsi guru-guru sekolah menengah terhadap gaya kepimpinan Pengetua serta ciri-ciri Pengetua efektif. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 549 orang guru terlatih yang tetap dalam perkhidmatan daripada dua puluh lima buah sekolah menengah harian di Daerah Batu Pahat, Johor. Instrumen kajian telah diubahsuai daripada instrumen yang asal iaitu LBDQ (Leadership Behavior Description Questionnaire) yang digunakan untuk mengidentifikasi persepsi guru terhadap gaya kepimpinan Pengetua dan ciri-ciri Pengetua efektif. Analisis statistik deskriptif ujian ANOVA Sehala dan Analisis Pekali Korelasi Pearson 'r" menggunakan perisian SPSS telah dilakukan ke atas data yang diperolehi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap gaya kepimpinan Pengetua di sekolah adalah menggunakan gaya kepimpinan demokratik. Sementara persepsi guru terhadap gaya kepimpinan Pengetua berdasarkan ciri ciri pengetua efectif menunjukkan pada gaya kepimpinan demokratik. Analisis Kordasi menunjukkan bahawa gaya kepimpinan pengetua mempunyai perkaitan signifikan yang positif dan kuat dengan persepsi guru-guru terhadap ciri-ciri pengetua e1ektif.