Penerapan Kemahiran Generik Oleh Pensyarah Dalam Pengajaran Matapelajaran Pendidikan Dan Komputer

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penerapan kemahiran generik oleh pensyarah dalam pengajaran matapelajaran pendidikan dan komputer di kalangan pelajarpelajar tahun akhir daripada Fakulti Pendidikan iaitu 4 SPP (Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)), 4 SPK (Sarjana Muda Sains d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shariffudin, Rio Sumarni, Idris, Maryam Syahirah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10705/1/PENERAPAN_KEMAHIRAN_GENERIK_OLEH_PENSYARAH_DALAM_PENGAJARAN_MATAPELAJARAN_PENDIDIKAN_DAN_KOMPUTER.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10705/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penerapan kemahiran generik oleh pensyarah dalam pengajaran matapelajaran pendidikan dan komputer di kalangan pelajarpelajar tahun akhir daripada Fakulti Pendidikan iaitu 4 SPP (Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)), 4 SPK (Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)) dan 4 SPT (Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)). Fokus kajian ini adalah tertumpu kepada tujuh kemahiran generik yang terdapat dalam Atribut Graduan UTM iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan integriti serta kemahiran kepimpinan dan proaktif. Seramai 68 orang pelajar yang terdiri daripada lelaki dan perempuan terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah (?) = 0.9422 bagi matapelajaran pendidikan dan (?) = 0.9721 bagi matapelajaran komputer. Data yang diperolehi dianalisis dengan kaedah statistic deskriptif untuk melihat nilai kekerapan, peratus serta min dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages For Social Sciences for windows version 11.5). Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran generik yang diterapkan oleh pensyarah bagi kedua-dua matapelajaran iaitu pendidikan dan komputer adalah pada tahap yang tinggi bagi ketujuh-tujuh kemahiran generik. Kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat merupakan antara elemen utama yang diterapkan bagi kedua-dua matapelajaran. Manakala kemahiran bagi etika dan moral profesional serta kemahiran keusahawanan merupakan kemahiran generik yang paling akhir sekali diterapkan oleh pensyarah bagi kedua-dua matapelajaran Selain daripada itu, dapatan kajian menunjukkan lebih banyak kemahiran generik yang diterapkan oleh pensyarah dalam pengajaran matapelajaran computer berbanding matapelajaran pendidikan.