Kefahaman Mengenai Tindak Balas Kimia Di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima
Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar sekolah menengah Tingkatan Lima. Kajian ini dijalankan ke atas 100 orang pelajar di tiga buah sekolah menengah dalam daerah Pontian, Johor Darul Ta’zim yang telah d...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/10857/1/Kefahaman_Mengenai_Tindak_Balas_Kimia_Di_Kalangan_Pelajar_Tingkatan_Lima.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/10857/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar sekolah menengah Tingkatan Lima. Kajian ini dijalankan ke atas 100 orang pelajar di tiga buah sekolah menengah dalam daerah Pontian, Johor Darul Ta’zim yang telah dipilih secara rawak. Instrumen kajian ialah soalan-soalan berstruktur yang berkaitan dengan fenomena sains. Data yang diperolehi dianalisis dengan mengira peratusan untuk dibuat perbandingan menggunakan Concept Profile Inventory (CPI). Analisis menunjukkan bahawa kefahaman pelajar mengenai konsep tindak balas kimia adalah lemah. Kebanyakan daripada pelajar menggunakan idea alternatif apabila memberikan penjelasan mengenai sesuatu fenomena yang sepatutnya memerlukan penjelasan secara saintifik. Idea-idea alternatif boleh menghalang pembelajaran dan kefahaman konsep-konsep sains. Oleh itu, guru-guru perlu peka serta mengambil kira idea-idea alternatif tersebut dalam merancang sesuatu strategi pengajaran bagi meningkatkan kefahaman pelajar. |
---|