Struktur, strategi dan prestasi pengurusan fasiliti
Kertas kerja ini menyatakan tentang hubungkait di antara struktur organisasi, strategi serta prestasi bagi pengurusan fasiliti dalam sesebuah organisasi. Ini merujuk kepada permasalahan yang timbul dalam institusi perbankan di mana pengurusan fasiliti yang dijalankan tidak mempunyai struktur organis...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of the Built Environment, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/1095/1/Struktur%2C_Strategi_dan_Prestast_PEngurusan_Fasiliti.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/1095/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kertas kerja ini menyatakan tentang hubungkait di antara struktur organisasi, strategi serta prestasi bagi pengurusan fasiliti dalam sesebuah organisasi. Ini merujuk kepada permasalahan yang timbul dalam institusi perbankan di mana pengurusan fasiliti yang dijalankan tidak mempunyai struktur organisasi tersendiri. Ini bermakna tiada pengkhususan yang dijalankan terhadap pengurusan fasiliti. Pengurusan fasiliti juga diuruskan oleh mereka yang bukan dalam bidang yang berkaitan. Ini akan menyebabkan pengurus fasiliti menjalankan pengurusannya berdasarkan trial and error. Selain itu, organisasi perbankan hanya mempertimbangkan pengurusan fasiliti sebagai fungsi operasi sahaja tanpa mempertimbangkan bagaimana fasiliti boleh memberikan faedah terhadap aktiviti utama organisasi untuk jangka masa panjang. Objektif kajian ini ialah: (a) mengenalpasti strategi pengurusan fasiliti; (b) mengenalpasti struktur organisasi pengurusan fasiliti; (c) mengenalpasti prestasi pengurusan fasiliti; dan (d) Mengkaji hubungan antara strategi, struktur organisasi dan prestasi pengurusan fasiliti. Skop kajian ini meliputi organisasi perbankan utama di Malaysia. Kajian ini dijalankan dalam empat peringkat iaitu kajian literatur, kajian awal, kajian soal-selidik dan pengesahan hasil kajian. Kajian literatur akan ditumpukan terhadap strategi, struktur organisasi dan prestasi pengurusan fasiliti. Kajain awal merupakan temubual dengan pihak industri bagi mendapatkan maklumbalas terhadap hasil kajian literatur. Kajian soal-selidik pula diperlukan bagi mendapatkan pandangan industri secara keseluruhan tentang perkara yang dikaji. Akhir sekali pengesahan kajian akan dibuat bagi mengukuhkan hasil kajian supaya relevan dengan keperluan industri. Hasil penemuan penyelidikan dijangka dapat memberikan suatu gambaran tentang kepentingan hubungan antara strategi dan struktur organisasi dalam mencapai prestasi pengurusan fasiliti yang cemerlang. |
---|