Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen Dan Mengeksperimen Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat Pendidikan Fizik

Tahap kefahaman Kemahiran Saintifik dalam kalangan pelajar telah menarik perhatian penyelidik sebagai salah satu aspek yang penting yang perlu diberikan pertimbangan dan juga kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan mengeksperimen dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noordin , Shaharom, Lampah, Sanjie
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11119/1/Tahap_Kefahaman_Kemahiran_Mereka_Bentuk_Eksperimen_Dan_Mengeksperimen_Dalam_Kalangan_Pelajar_Tahun_Empat_Pendidikan_Fizik.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11119/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Tahap kefahaman Kemahiran Saintifik dalam kalangan pelajar telah menarik perhatian penyelidik sebagai salah satu aspek yang penting yang perlu diberikan pertimbangan dan juga kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat Pendidikan Fizik. Dalam konteks kajian ini, hanya dua kemahiran sahaja yang dikaji iaitu kemahiran mereka bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen manakala pembolehubah bebas yang terlibat ialah program pengajian dan jantina. Seramai 45 orang pelajar lelaki dan perempuan tahun empat Pendidikan Fizik yang terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kefahaman dua kemahiran ini ialah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen. Alat kajian ini mengandungi 40 item berbentuk objektif yang disertai empat pilihan jawapan dan maklumat latar belakang pelajar. Kebolehpercayaan alat kajian ini ialah α = .73. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum dan minimum telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat Pendidikan Fizik secara keseluruhannya adalah baik. Tahap kefahaman pelajar bagi kedua-dua kemahiran merentas program pengajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan dan berada pada tahap baik. Tahap kefahaman pelajar bagi kedua-dua kemahiran merentas jantina juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan dan berada pada tahap baik. Walaupun tahap kefahaman pelajar dalam dua kemahiran ini adalah baik namun dicadangkan agar pihak Fakulti Pendidikan melakukan penambahbaikan dari segi sistem pengurusan dalam memastikan kehebatan menguasai Kemahiran Saintifik dalam kalangan bakal guru Fizik dapat dikekalkan pada tahap cemerlang pada masa akan datang.