Isu dan masalah pemilikan perumahan bumiputra di bandar: satu penilaian ke atas pencapaian peraturan kuota lot bumiputra di daerah Johor Bahru

Isu dan masalah perumahan bumiputra di bandar timbul apabila berlakunya proses perbandaran dan perindustrian yang membawa ramai migrasi dari kampong ke bandar. Kebanyakan migrasi ini adalah kaum bumiputra yang berpendapatan sederhana dan rendah serta tidak mampu membeli atau menyewa rumah pada harga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Bujang, Ahmad Ariffian, Agus, Mohd. Razali, Abu Zarin, Hasmah, Mohamed, Mohd. Fildaus
Format: Article
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/1137/1/Hasmah01.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/1137/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Isu dan masalah perumahan bumiputra di bandar timbul apabila berlakunya proses perbandaran dan perindustrian yang membawa ramai migrasi dari kampong ke bandar. Kebanyakan migrasi ini adalah kaum bumiputra yang berpendapatan sederhana dan rendah serta tidak mampu membeli atau menyewa rumah pada harga yang tinggi. Bagi mengatasinya, kerajaan telah mengambil langkah memperkenalkan beberapa polisi dan peraturan perumahan. Antaranya adalah Peraturan Kuota Lot Bumiputra. Peraturan yang perkenalkan ini, adalah bertujuan untuk mengimbangi pengagihan dan pemilikan harta tanah, terutamannya kediaman diantara kaum bumiputra dengan bukan bumiputra. Dibawah peraturan ini, pemaju hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya 30 peratus dari jumlah keseluruhan pembangunan untuk bumiputra dan harga yang ditawarkan hendaklah diberi diskaun diantara 5 hingga 15 peratus, bergantung kepada bidang kuasa kerajaan negeri. Walaupun peraturan ini telah lama diperkenalkan melalui Dasar Ekonomi Baru, 1971, peratusan rumah yang diperuntukkan dibawahnya yang terjual adalah rendah. Bagi daerah Johor Bahru, peratusan yang terjual didapati kurang daripada 15% dari jumlah yang diperuntukkan. Untuk kajian ini, satu kerja di lapangan telah dilakukan bagi mendapatkan responden secara rambang dengan menggunakan borang soal selidik. Analisis yang telah dijalankan hasil daripada kerja di lapangan mendapati, faktor-faktor yang mempengaruhi isu dan masalah perumahan bumiputra bandar di daerah Johor Bahru adalah harga rumah yang ditawarkan didapati tinggi, pembeli bumiputra kurang berkemampuan, masalah mendapatkan pinjaman dan menyediakan wang deposit sebanyak 10%, jenis dan susunan ruang rumah tidak sesuai serta lokasi taman dan kedudukan rumah dalam taman tidak strategik. Kata kunci: Perumahan, polisi perumahan, bumiputra