Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kursus Oleh Pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor (KKYPJ) Terhadap Kursus Pertanian (Landskap Dan Nurseri) Yang Ditawarkan

Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk soal selidik. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui faktor-fakor yang mempengaruhi pemilihan kursus oleh pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor (KKYPJ) terhadap kursus pertanian (landskap dan nurseri) yang d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Buntat, Yahya, Mohd, Mahadhir
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11391/1/Faktor-Faktor_Yang_Mempengaruhi_Pemilihan_Kursus_Oleh_Pelajar_Kolej_Komuniti_Yayasan_Pelajaran_Johor__KKYPJ__Terhadap_Kursus_Pertanian__Landskap.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11391/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk soal selidik. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui faktor-fakor yang mempengaruhi pemilihan kursus oleh pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor (KKYPJ) terhadap kursus pertanian (landskap dan nurseri) yang ditawarkan. Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Populasi kajian adalah semua pelajar semester 1 dan 2 yang mengikuti kursus pertanian (Landskap dan Nurseri). Keseluruhan populasi seramai 50 orang responden menjadi kajian. Data-data yang dikumpul menggunakan kertas soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS for window 13.0 serta dilaporkan dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Landskap dan Nurseri ini mempunyai tahap yang tinggi dan positif terhadap faktor minat, kemudahan yang disediakan, motivasi dan rakan sebaya. Oleh yang sedemikian, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan serta mengekalkan tahap yang ada sekarang berterusan di masa akan datang.