Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng Kelas Di Kalangan Pelajar Di Kolej Kemahiran Belia Nasional, Pontian

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi terjadinya masalah ponteng kelas di kalangan pelajar terutamannya di Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN), Pontian. Faktor yang dikaji adalah dari aspek sikap pelajar, tenaga pengajar, rakan sebaya dan prasarana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Buntat , Yahya, Saini, Norainiza
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11471/1/Faktor1.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11471/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi terjadinya masalah ponteng kelas di kalangan pelajar terutamannya di Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN), Pontian. Faktor yang dikaji adalah dari aspek sikap pelajar, tenaga pengajar, rakan sebaya dan prasarana. Kajian dijalankan dengan mengedarkan set soalan kepada para responden yang mengandungi 30 item soalan. Sebanyak 70 sampel daripada tiga jurusan di KKBN, Pontian telah menjadi responden bagi kajian ini. Kebolehpercayaan item soal selidik yang digunakan menunjukkan pada nilai Alpha Cronbach dengan nilai sebanyak 0.940. Analisis diperolehi dari statistik deskriptif dengan mendapatkan peratusan dan kekerapan yang dibuat dengan menggunakan Statistic Package For Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Keputusan menunjukkan bahawa sikap pelajar merupakan faktor utama dalam mempengaruhi masalah ponteng kelas di pusat kemahiran ini. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah ini dan diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat bagi mengatasi masalah ini.