Penggunaan Koswer PPSMI Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Matematik Di Empat Buah Sekolah Kebangsaan Di Seremban
Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji penggunaan koswer Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matlamat kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong guru-guru matematik...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11652/1/Penggunaan_Koswer_PPSMI_Dalam_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Matematik_Di_Kalangan_Guru.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11652/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji penggunaan koswer Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibekalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matlamat kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang mendorong guru-guru matematik menggunakan koswer serta masalahmasalah
yang dihadapi apabila menggunakan koswer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
matematik. Kajian ini berbentuk deskriptif. Instrumen yang digunakan semasa kajian ini
dijalankan ialah soal selidik yang menggunakan skala Likert Lima Mata. Nilai pekali
kebolehpercayaan instrumen adalah ? = 0.7661. 40 responden dipilih secara rawak dari kalangan
guru-guru matematik yang melaksanakan PPSMI dari empat buah sekolah kebangsaan di sekitar
Seremban. Analisis data dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package For Social
Science for Window Version 10.0 (SPSS 10.0) yang melibatkan kekerapan, peratusan dan min.
Dapatan kajian menunjukkan penggunaan koswer di kalangan guru matematik adalah di tahap
sederhana. Daripada kajian ini juga menunjukkan guru-guru matematik menghadapi beberapa
masalah semasa menggunakan koswer PPSMI dalam P&P matematik. Walaubagaimanapun
mereka tetap menggunakan koswer tersebut kerana terdapat beberapa faktor yang menggalakkan
penggunaannya.
Katakunci : Koswer PPSMI, Pengajaran dan Pembelajaran Matematik |
---|