Sikap Guru Terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah Di Sebuah Sekolah Menengah Swasta Di Daerah Johor Bahru
Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk meninjau sikap guru terhadap faktor program sekolah, faktor proses sekolah dan faktor bahan sekolah dalam penentu iklim sekolah di sebuah sekolah menengah swasta di daerah Johor Bahru. Kajian ini melibatkan 44 orang responden yang terdiri daripada gur...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11701/1/Sikap_Guru_Terhadap_Faktor_Penentu_Iklim_Sekolah_Di_Sebuah.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11701/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk meninjau sikap guru terhadap faktor program
sekolah, faktor proses sekolah dan faktor bahan sekolah dalam penentu iklim sekolah di sebuah sekolah
menengah swasta di daerah Johor Bahru. Kajian ini melibatkan 44 orang responden yang terdiri daripada
guru-guru di sekolah tersebut. Reka bentuk kajian yang digunakan untuk mencapai objektif kajian adalah
berbentuk deskriptif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik skala Likert yang
terdiri daripada 30 item soalan. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah 0.81. Data yang telah dikumpul
dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS
V13.0) for Windows. Nilai min sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah secara keseluruhannya
adalah 4.20. Ini menunjukkan tahap sikap guru terhadap faktor penentu iklim sekolah adalah tinggi.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan guru-guru mempunyai sikap yang baik terhadap ketiga-tiga faktor
penentu iklim sekolah iaitu program, proses dan bahan. Secara kesimpulannya, faktor penentu iklim
sekolah di sekolah menengah swasta ini adalah dalam keadaan baik dan harus dikekalkan.
Katakunci: sikap guru, faktor program sekolah, faktor proses sekolah, faktor bahan sekolah, penentu iklim
sekolah |
---|