Pembangunan perisian pengajaran berasaskan model konstruktivisme Needham lima fasa bagi tajuk Keelektrikan dalam matapelajaran Sains sekolah rendah

Tujuan projek ini ialah untuk membangunkan dan merekabentuk sebuah perisian pendidikan bagi matapelajaran sains sekolah rendah yang menggunakan strategi pembelajaran yang berasaskan model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang mengandungi fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim , Mohd Ali, Abu Bakar, Mohamad Syazwan
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11806/1/Pembangunan_Perisian_Pengajaran_Berasaskan_Model_Konstruktivisme_Needham_Lima_Fasa_Bagi_Tajuk_Keelektrikan_Dalam_Matapelajaran_Sains_Sekolah_Rendah.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11806/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Tujuan projek ini ialah untuk membangunkan dan merekabentuk sebuah perisian pendidikan bagi matapelajaran sains sekolah rendah yang menggunakan strategi pembelajaran yang berasaskan model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang mengandungi fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa aplikasi idea dan fasa refleksi. Selain itu, proses pembangunan perisian ini juga berpandukan kepada model rekabentuk sistem instruksi iaitu model ADDIE yang terdiri daripada fasa-fasa Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian perisian Microsoft PowerPoint 2003 digunakan sebagai perisian utama selain daripada perisian tambahan yang turut membantu iaitu Adobe Photoshop 7.0. Topik yang dipilih untuk projek ini ialah Keelektrikan Dalam Matapelajaran Sains Sekolah Rendah. Penilaian formatif telah dilaksanakan di kalangan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan perisian manakala penilaian sumatif juga telah dilakukan di kalangan sepuluh orang guru sains yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang sains. Keputusan penilaian menunjukkan bahawa perisian tersebut memuaskan dari segi isi kandungan, aktiviti, rekabentuk dan penggunaannya.