Pengetahuan, kemahiran dan sikap setiausaha sukan di dalam mengurus sukan sekolah

Kajian diskriptif ini bertujuan melihat tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap setiausaha sukan sekolah terhadap tugasnya. Seramai 80 orang guru dari 16 buah sekolah kebangsaan di Zon Bandar Pontian telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina berdasarkan s...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Abd. Rahman , Mohd Anuar, Md Yunos, Md Yusof
格式: Article
語言:English
出版: 2011
主題:
在線閱讀:http://eprints.utm.my/id/eprint/11810/1/Pengetahua1.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11810/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
機構: Universiti Teknologi Malaysia
語言: English
實物特徵
總結:Kajian diskriptif ini bertujuan melihat tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap setiausaha sukan sekolah terhadap tugasnya. Seramai 80 orang guru dari 16 buah sekolah kebangsaan di Zon Bandar Pontian telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina berdasarkan senarai tugas setiausaha sukan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan soal selidik, kajian rintis telah dijalankan ke atas 15 orang guru Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi Pontian. Hasil analisis menunjukkan nilai Alpha Cronbach kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.939. Dapatan dari kajian sebenar menunjukkan bahawa pengetahuan dan sikap setiausaha sukan terhadap tugasnya berada pada tahap yang tinggi manakala kemahiran berada pada tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara setiausaha sukan lelaki dengan setiausaha sukan wanita dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Akhir kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan.