Pengetahuan, kemahiran dan sikap guru disiplin dalam menjalankan tugas di sekolah rendah daerah
Bidang pengurusan disiplin merupakan satu bidang yang mencabar pada masa kini. Disiplin boleh menjadi penentu kemajuan dan kejayaan di sesebuah sekolah. Oleh sebab itu kajian diskritif bertujuan untuk memberi fokus kepada tiga aspek utama iaitu mengenal pasti tahap pengetahuan , mengenal pasti tahap...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
格式: | Article |
語言: | English |
出版: |
2011
|
主題: | |
在線閱讀: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11811/1/Pengetahuan.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11811/ |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
機構: | Universiti Teknologi Malaysia |
語言: | English |
總結: | Bidang pengurusan disiplin merupakan satu bidang yang mencabar pada masa kini. Disiplin boleh menjadi penentu kemajuan dan kejayaan di sesebuah sekolah. Oleh sebab itu kajian diskritif bertujuan untuk memberi fokus kepada tiga aspek utama iaitu mengenal pasti tahap pengetahuan , mengenal pasti tahap kemahiran dan mengenalpasti sikap guru disiplin terhadap diri sendiri, pentadbir, rakan sejawat dan ibubapa murid dalam memainkan peranan mereka sebagai pemimpin disiplin di sekolah. Bagi tujuan kajian ini melibatkan seramai 65 orang responden iaitu 13 orang Guru Penolong Kanan HEM ( GPK HEM ) dan 52 orang guru penolong dari 13 buah sekolah dalam Zon Kurikulum 4 Daerah Segamat. Kajian ini menggunakan soalselidik yang dibina berdasarkan kepada senarai tugas guru disiplin yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Satu set soal selidik dengan 70 item telah digunakan di dalam kajian ini. Perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 digunakan untuk menganalisis tugas sebagai guru disiplin berdasarkan min. Satu kajian rintis telah dilakukan kepada seramai 12 orang guru di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1 Johor Bahru, (STAR 1) bagi mendapatkan kebolehpercayaan item. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.959.. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan dan kemahiran guru disiplin terhadap tugasnya adalah tinggi. Manakala sikap terhadap tugas, rakan dan masyarakat sangat positif. Beberapa cadangan untuk penambahbaikan dikemukan dalam kajian ini. |
---|