Persepsi Guru-Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar Di Empat Buah Sekolah Rendah Di Daerah Hulu Terengganu
Kajian ini bertujuan untuk mengidentifikasikan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan ciri-ciri demografi seperti jantina, umur, kategori perkhidmatan, pengalaman mengajar dan jawatan disandang. Responden kajian ini terdiri daripada 113 orang guru terlatih di empat bua...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11860/1/Persepsi_Guru.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11860/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengidentifikasikan persepsi guru-guru terhadap gaya
kepimpinan guru besar berdasarkan ciri-ciri demografi seperti jantina, umur, kategori
perkhidmatan, pengalaman mengajar dan jawatan disandang. Responden kajian ini terdiri
daripada 113 orang guru terlatih di empat buah sekolah rendah di daerah Hulu Terengganu.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang telah diubahsuai daripada
LBDQ (Leadership Behavior Description Questionnaire) untuk mengidentifikasikan persepsi
guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar. Perisian SPSS (Statistical Package for Social
Sciences) versi 11.5 digunakan untuk menganalisis semua data yang dikumpul. Analisis statistik
deskriptif, kekerapan, peratus dan min digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan guru besar yang paling dominan ialah gaya
kepimpinan berorientasikan kejayaan, diikuti dengan gaya kepimpinan partisipatif, gaya
kepimpinan menyokong dan gaya kepimpinan mengarah. Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara daripada persepsi guru-guru terhadap gaya
kepimpinan guru besar berdasarkan faktor demografi. Akhir sekali beberapa cadangan
disarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, para guru besar
dan para penyelidik ke arah memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran sekolah. |
---|