Persediaan Guru Pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Bagi Memenuhi Keperluan Modal Insan
Pendidikan adalah satu wadah dalam usaha membangunkan modal insan yang berkualiti sebagaimana yang diharapkan oleh kerajaan. Kajian ini bertujuan melihat persediaan guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi memenuhi keperluan modal insan yang meliputi keterampilan, keper...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11878/1/Persediaan_Guru_Pelatih_Pendidikan_Islam_Universiti_Teknologi_Malaysia.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11878/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pendidikan adalah satu wadah dalam usaha membangunkan modal insan yang berkualiti sebagaimana yang diharapkan oleh kerajaan. Kajian ini bertujuan melihat persediaan guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi memenuhi keperluan modal insan yang meliputi keterampilan, keperibadian, keupayaan, minat untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran serta keupayaan mengaplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak 86 orang pelajar kursus Pendidikan Islam yang telah menjalani program latihan praktik telah dinilai melalui satu set soal selidik dan dianalisis secara diskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan Statistical Package for Social Science 12.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.884. Secara keseluruhannya, hasil analisis menunjukkan bahawa responden mempunyai persediaan yang tinggi bagi memenuhi keperluan pembangunan modal insan dengan tahap min sebanyak 4.28. Di samping itu, keupayaan dan minat mereka menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap nilai min 4.35, manakala keterampilan, keperibadian serta keupayaan dalam pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga berada pada tahap nilai min yang tinggi masing-masing mencatatkan 4.24. Namun terdapat beberapa item yang perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi memperlengkapkan lagi persediaan tersebut khususnya apabila mereka berkhidmat ke sekolah-sekolah nanti. Beberapa cadangan dikemukakan bagi penambahbaikan hasil daripada rumusan kajian. |
---|