Pembangunan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) bagi e-Pembelajaran

E-Pembelajaran (e-Learning) merupakan suatu implementasi penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi meningkatkan tahap pembelajaran. e-Pembelajaran boleh dilihat melalui dua sudut iaitu rangkakerja aplikasi Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dan Sistem Pengurusan Bahan Pengajaran (LCM...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Idris, Abdul Razak, Ahmad, Mohd Fitri
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11921/1/Pembangunan_Sistem_Pengurusan_Pembelajaran.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11921/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:E-Pembelajaran (e-Learning) merupakan suatu implementasi penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi meningkatkan tahap pembelajaran. e-Pembelajaran boleh dilihat melalui dua sudut iaitu rangkakerja aplikasi Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dan Sistem Pengurusan Bahan Pengajaran (LCMS). LMS berasaskan web merupakan asas kepada e-Pembelajaran, bertindak sebagai penentu arah bagi sesuatu proses pembelajaran. LMS telah berkembang dengan cepat dan digunakan secara meluas menghubungkan sistem maklumat dan sistem pangkalan data bagi mengurus dan mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan LMS ini adalah berdasarkan Model Waterfall oleh W. W. Royce. Pembangunannya menggunakan perisian Adobe Macromedia Dreamweaver 8, Adobe Photoshop 7.0, dan EasyPHP 1.8. LMS yang dibangunkan mengandungi ciri-ciri seperti pendaftaran pelajar dan pendaftaran guru, senarai pelajar dan senarai guru, forum, mel elektronik, dan kemudahan muat naik tugasan. LMS ini dibangunkan bagi meningkatkan aktiviti pembelajaran serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.