Amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Melaka Tengah, Melaka

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan melalui soal selidik ke atas 16 buah sekolah kebangsaan di daerah Melaka Tengah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah; mengenalpasti amalan penyeliaan penga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Said, Hamdan, Abdul Rasid, Rahimah
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/12014/1/Amalan_Penyeliaan_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Di_Sekolah.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/12014/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan melalui soal selidik ke atas 16 buah sekolah kebangsaan di daerah Melaka Tengah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah; mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah; dan mengenalpasti implikasi amalan penyeliaan pengajaran terhadap profesionalisme guru dari segi meningkatkan kualiti pengajaran, memperkukuh hubungan profesionalisme, perkongsian pengalaman dan pengetahuan, dan bantuan kepada guru dalam proses pengajaran. Seramai 315 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjayakan kajian ini. Kebolehpercayaan instrumen kajian menggunakan Alpha Cronbach untuk Bahagian B ialah 0.9143 dan Bahagian C ialah 0.8992. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisis menggunakan perisian Statistitical Package For Sosial Sciences (SPSS). Min, kekerapan dan peratusan digunakan dalam menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tanggapan yang positif terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah; amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah tinggi; dan penyeliaan pengajaran yang diamalkan berkesan dalam meningkatkan profesionalisme guru dari segi kualiti guru, memperkukuh hubungan profesionalisme antara penyelia dan guru, berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan guru, dan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.