Perkaitan antara pengurusan masa dengan pencapaian akademik pelajar UTM
Kajian ini ialah untuk mengkaji perkaitan antara pengurusan masa dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tiga aspek yang dikaji adalah tahap pengurusan masa pelajar UTM, pencapaian akademik pelajar UTM dan perkaitan antara pengurusan masa dengan pencapaian...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UTM Press
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/12266/1/MohdNajibAbdul_PerkaitanAntaraPengurusanMasaDenganPencapaian2002.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/12266/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini ialah untuk mengkaji perkaitan antara pengurusan masa dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tiga aspek yang dikaji adalah tahap pengurusan masa pelajar UTM, pencapaian akademik pelajar UTM dan perkaitan antara pengurusan masa dengan pencapaian akademik pelajar UTM. Seramai 220 aliran pelajar perdana yang sedang mengikuti kursus di 10 fakulti di kampus induk UTM telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Maklumat kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang telah dibuat berdasarkan teori pengurusan masa yang disarankan oleh Ralph Lewis (1991). Maklumat yang dikumpulkan ini dianalisis dengan menggunakan "Statistical Package for the Social Sciences" (SPSS) untuk mendapatkan peratusan dan purata min bagi setiap item dalam tiga aspek tersebut. Secara umum, kajian mendapati pelajar UTM mempunyai pola pengurusan masa dan tahap pencapaian akademik yang baik. Di dapati pelajar yang mempunyai pengurusan masa yang baik adalah mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang. Namun demikian, terdapat juga segelintir pelajar yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang tetapi mempunyai pengurusan masa yang sederhana sahaja. Jadi dapat dilihat bahawa memang terdapat kaitan antara pengurusan masa berkesan dengan pencapaian akademik cemerlang seseorang pelajar. |
---|